JOM SHELL OUT DI OMBAK KITCHEN. PAKAI TANGAN JER!


Bila sebut fasal Shell Out maka terbayanglah bermacam-macam jenis spesis laut dimasak sekali dengan pilihan sos dan dihidang atas meja tanpa piring, pinggan, sudu mahupun garfu. Maka terpacul lah jugalah 2-3 buah restoran yang kami pernah pergi sebelum ni di sekitar Lembah Klang.


Apa yang membuatkan menu Shell Out tu berbeza adalah ramuan sos nya sama ada 'kick' atau pun 'hado'. Tak ketinggalan juga pilihan makanan lautnya yang pelbagai jenis, saiz serta tahap kesegarannya. Ada tempat pilihan makanan lautnya biasa biasa jaaa tapi harga bukan main 'mencekik!!!"


Minggu lalu kami sempat singgah di satu restoran Shell Out yang dah famous jugak. Restoran ni pun dah viral sebab ramai selebriti, royalties tak ketinggalan VIPs yang dah pernah singgah dan cuba menu Shell Out di sini. Disebabkan itu kami telah pergi untuk merasai kenikmatan menu Shell Out, Ombak Kitchen!


Premis restoran ini terletak di kawasan perniagaaan D'Vida Business Centre, Bukit Jelutong, Shah Alam. Pertama kali masuk ke kawasan ini, terkejut juga sebab ada pusat komersil canggih kat kawasan ni.


Apa yang best di Ombak Kitchen, menu hidangan Shell Outnya disediakan dari pilihan makanan laut yang segar dan harganya yang kami boleh katakan berbaloi dan berpatutan. Masakan tidak, restoran ini sudah terkenal sebagai hub makanan laut import segar dan berkualiti premium di Lembah Klang. Pelanggan boleh memilih sendiri makanan laut seperti Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobster, Rock Lobster yang masih hidup. Selain dari itu Ombak KItchen turut menyediakan pilihan makanan laut segar seperti Ireland Oysters, Hamaguri Clams dan banyak lagi. Pengunjung boleh pilih menngikut citarasa masing-masing.


Selain dari lokasinya yang menghadap kolam pancuran serta reka hiasan dalamannya yang menarik dan cukup selesa pasti buatkan pengunjung yang datang makan disini puas dan tersenyum lebar! Kata orang, bila perut dah kenyang, hati pun suka! Walaupun rekaan dan hiasan dalaman restoran ni mewah, bak restoran 5 bintang, pengunjung tak perlu nak ikut protokol sangat! Tiada sebarang syarat atau etika berpakaian yang ditetapkan untuk datang menikmati makanan disini. Semuanya terserah pada keselesaan pengunjung. Kehadiran anda dialu-alukan walaupun anda berseluar pendek dan berselipar Jepun!