SHOPEE JALIN KERJASAMA BERSAMA RedBox by AIRASIA SEBAGAI RAKAN LOGISTIK UNTUK MALAYSIA TIMUR

November 8, 2018

Dua dari kiri: Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho; Ketua Pegawai Eksekutif RedBox Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes; Ketua Operasi Shopee Esten Mok di majlis pengumuman kerjasama antara RedBox dan Shopee .

 

RedBox, syarikat perkhidmatan logistik AirAsia telah dipilih sebagai rakan logistik Shopee untuk Malaysia Timur bermula 1 Disember 2018. 

 

Dalam perjanjian itu, RedBox akan menyediakan perkhidmatan logistik merentas sempadan ke Malaysia Timur bagi platform digital terkemuka di Asean dan Taiwan itu, bermula dengan perkhidmatan penghantaran secara langsung dari Shenzhen ke Kota Kinabalu dan Kuching. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif RedBox Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Shopee, salah satu organisasi e-dagang terbesar di Asia. Pelantikan kami sebagai rakan logistik sehenti untuk Malaysia Timur merupakan satu kejayaan bagi RedBox serta bukti kepada usaha strategi kami dalam menawarkan produk berkualiti tinggi melalui 5,000 penerbangan setiap minggu ke lebih 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia. Kami berharap untuk terus meluaskan perkhidmatan kami untuk Shopee ke Semenanjung Malaysia dan seterusnya ke seluruh Asean.”  

 

Sebagai platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee mensasarkan untuk mengembangkan perkhidmatannya dan mengurangkan masa penghantaran untuk pelanggan di Malaysia Timur. Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata, “Shopee terus berkembang pesat dengan lebih daripada 12 juta muat turun di Malaysia sahaja merentasi sempadan dan Malaysia Timur kini amat penting bagi perniagaan kami. Justeru, untuk terus meningkatkan tawaran perniagaan kami, RedBox telah dilantik bagi rangkaiannya yang luas antara Malaysia Timur dan China, serta perkhidmatan logistik lengkap mereka. Dengan rangkaian AirAsia melalui RedBox, kami berharap untuk melanjutkan kerjasama ini ke Semenanjung Malaysia dan di rantau ini. Kami yakin bahawa menerusi kerjasama dengan RedBox, kami akan terus memenuhi janji kami untuk menawarkan penghantaran yang cepat dengan kos yang rendah.”

 

Ditubuhkan pada Mac 2018, RedBox adalah sebuah syarikat di bawah Redbeat Ventures Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan AirAsia Berhad yang menawarkan perkhidmatan logistik merentas sempadan untuk perniagaan dan pengguna melalui rangkaian laluan luas penerbangan AirAsia. 

 

Perkhidmatan luas RedBox termasuk penggudangan, pelepasan kastam, pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran jarak jauh ke pasaran e-dagang, perusahaan dan pengguna kecil-sederhana. Platform RedBox juga mempunyai perkhidmatan jejak penuh untuk semua penghantaran merentasi sempadan dan memastikan pesanan menepati masa melalui laluan paling pantas.  

 

Untuk maklumat lanjut mengenai RedBox, layari redboxbyairasia.com. Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.