DATO’ AWIE DAN ELLA BAKAL JAYAKAN SHOWCASE 'DINNER GIG 2018' KUMPUL DANA FUFC

November 8, 2018

 


Kali terakhir bergandingan bersama di satu pentas sewaktu konsert Ella & Awie di Istana Budaya pada 2015, pasangan lagenda Raja dan Ratu Rock Malaysia itu bakal bergandingan lagi pada Disember ini. Kelab Bola Sepak Felda United atau lebih dikenali dengan singkatan FUFC The Fighters yang lebih dikenali dalam bidang sukan bolasepak kini melebarkan sayapnya ke industri hiburan tanahair.

Bersama rakan-rakan rasmi iaitu Tenera Hotel Bangi, Kelab Bola Sepak Felda United dan Stubapp , showcase ‘Dinner Gig 2018’ yang dibawakan oleh Atlas One Events, bakal menampilkan lagenda rock tanahair iaitu Raja Rock Malaysia, Dato' Awie dan Ratu Rock Malaysia, Ella. Sementara itu, penyanyi Black Hanifah yang kini sedang hit dengan single terbarunya ‘Pot Pet’ turut diundang bagi persembahan pembukaan showcase tersebut.

 

Klik link Dinner Gig 2018 atau hubungi 0107616844 untuk pembelian tiket showcase


Penilaian demi penilaian telah dijalankan oleh FUFC The Fighters dan akhirnya Dato' Awie dan Ella telah dipilih untuk menjayakan showcase ‘Dinner Gig 2018’ ini. Status lagenda yang dimiliki oleh Dato' Awie dan Ella sealiran dengan FUFC The Fighters yang sememangnya amat disegani dalam industri sukan bolasepak. Dua lagenda muzik tanahair ini sememangnya amat bertepatan dengan konsep Gig yang bakal ditampilkan pada malam tersebut. Dato' Awie dan Ella adalah selebriti tanahair yang melalui pahit getir kerjaya dalam bidang hiburan namun semangat juang mereka patut dicontohi dan semangat juang inilah yang ingin FUFC The Fighters tonjolkan kepada masyarakat selain dari hiburan semata mata.
 

Dato’ Awie dan Ella serta Black bakal diiringi oleh live band untuk mereka menghangatkan suasana pada malam tersebut. Kombinasi diantara Dato’ Awie, Ella dan Black selama hampir 2 jam ini akan menyaksikan 15 buah lagu didendangkan. Selain dari itu, beberapa kejutan disediakan khas dan istimewa untuk penonton Dinner Gig 2018 pada malam berlansungnya Dinner Gig 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Kewangan & Pemasaran FUFC The Fighters, Dato’ Dr. Shamsul Anwar Sulaiman dalam ucapannya menyatakan showcase Dinner Gig 2018 ini dianjurkan bagi tujuan untuk mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan Kelab Bola Sepak Felda United, FUFC The Fighters juga percaya dengan berlangsungnya acara sebegini, hiburan juga mampu menjadi medium untuk mendekatkan peminat dengan selebriti lagenda tanahair.

 

Selain daripada itu sidang media itu juga bertujuan untuk memperkenalkan rakan rakan rasmi Dinner Gig 2018 iaitu Hotel Tenera Bangi yang dimiliki oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebagai hotel bertaraf 4 bintang kepada masyarakat umum. Selain dari Hotel Tenera Bangi, rakan rakan rasmi Dinner Gig 2018 iaitu Kelab Bolasepak Felda United dan Stubapp serta Atlas One Events juga bukanlah nama baru didalam industri masing masing dan secara tidak langsung acara ini mampu untuk memberi pendedahan lebih meluas kepada masyarakat umum.

 

 

Showcase Dinner Gig 2018 ini bakal berlangsung pada hari Jumaat, 7 Disember 2018 jam 8.30 malam berlokasi di Ballroom Hotel Tenera Bangi. Tiket adalah terhad kepada 700 tiket sahaja. Tiga pakej menarik disediakan seperti dibawah.

Pakej Silver : RM 250 seorang (Meja untuk 10 orang)
Pakej Gold RM 350 seorang (Meja untuk 10 orang)
Pakej Platinum : RM 500 seorang (Meja untuk 10 orang)


Setiap penonton yang membuat pembelian tiket bakal membawa pulang goodie bag yang mengandungi sehelai Tshirt istimewa dan Mug. Para penonton bertuah ketika acara cabutan bertuah bakal membawa pulang 2 unit gitar elektrik dan 2 unit gitar akustik yang ditandatangani oleh Dato' Awie dan Ella. Tetamu yang hadir juga akan disajikan dengan hidangan makan malam istimewa oleh Hotel Tenera Bangi. Dinner Gig 2018 ini hanya untuk penonton yang berumur 15 tahun ke atas sahaja. Untuk tetamu yang hadir dan ingin menginap di Hotel Tenera Bangi boleh menghubungi pihak hotel secara terus untuk harga istimewa. 

 

Jualan tiket untuk menyaksikan showcase Dinner Gig 2018 Awie dan Ella bersama Black telahpun mula dijual. Peminat-peminat yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari www.stubapp.com . Sementara itu, pembelian secara terus  boleh dibuat di kaunter Hotel Tenera, Bangi. Untuk pertanyaan berhubung jualan tiket, boleh hubungi talian 0107616844, 0145146357, 0134076679 dan 0389299600.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.