LAZADA CIPTA FENOMENA FESTIVAL BELI BELAH ATAS TALIAN TERBESAR MALAYSIA DENGAN LAZADA 11.11 SUPER SHOW

November 11, 2018

 

Setelah dua minggu diwar-warkan oleh rakan-rakan media, semalam merupakan malam kira turun fenomena festival beli belah atas talian terbesar 2018 Lazada. Menampilkan barisan selebriti terkenal tanah air dan antarabangsa, Lazada mengundang seluruh warga negara mencipta fenomena bersama mereka dengan Lazada 11.11 Super Show, di Stadium Axiata, Bukit Jalil, malam ini di samping memenangi hadiah-hadiah menarik yang bernilai RM11 juta.

Lazada 11.11 Super Show, sebuah program variasi yang dibarisi bintang terkenal telah bersiaran secara langsung di TV3 dan ntv7 pada jam 10 malam . Terdahulu kemeriahan acara ini dimulakan dengan acara karpet merah yang disiarkan di saluran ntv7 selain striming secara lansung di saluran Youtube TV3 serta platform Lazada. Penonton yang menonton program ini telah turut berpeluang mengambil bahagian dalam sesi permainan secara langsung dan memenangi pelbagai hadiah hebat, di samping menyaksikan persembahan yang menampilkan pelbagai gaya pertunjukan oleh selebriti tempatan dan antarabangsa terkenal. Terutamanya persembahan kemuncak oleh sebuah kumpulan Korea Selatan, KARD 

Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Haziq Hussni, program Lazada 11.11 Super Show ini dimulakan dengan persembahan pembukaan tarian oleh Flow Fever, diikuti dengan persembahan nyanyian oleh Aman Ra, SonaOne, dan Altimet. Persembahan kemudian diteruskan dengan barisan penyanyi hebat seperti Amy Mastura, Aiman Tino, Naim Daniel, Sarah Suhairi dan Haqiem Rusly sebelum penonton dihiburkan dengan sebuah sketsa oleh Kumpulan Bocey dan Wany Hasrita.

 

 


Selesai dengan sketsa itu, persembahan Lazada 11.11 Super Show telah diteruskan dengan persembahan ‘Supergirl’ oleh Defam sebelum diteruskan dengan permainan Berbalas Pantun Sunsilk bersama Maya Karin, Ropie Cecupak, Mark Adam, Ain Edruce, Syifa Melvin, dan Sarah Suhairi. Selesai permainan itu telah diakhiri dengan persembahan lagu ‘Amaran Mama’ dan ‘Arjuna Mencari Cinta’ oleh Hazama dan Khai Bahar.


Hiburan Lazada 11.11 Super Show tidak terhenti disitu kerana para penonton dihiburkan bersama penyanyi antarabangsa, Cakra Khan diikuti sebuah segmen permainan bersama Drypers serta Khai Bahar, Ayda Jebat, Puteri Aishah, dan Redza Rosli.

Setelah itu, Lazada 11.11 Super Show diteruskan dengan persembahan oleh Bunkface, Ziana Zain dan Ella sebelum persembahan penutup oleh kumpulan Kpop KARD.

Seorang penonton di arena dan di rumah yang bertuah semalam telah  memperoleh satu peluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk dua buah kereta Volkswagen Beetle 1.2 TSI melalui permainan secara langsung di aplikasi Lazada ketika program itu berlangsung. Lazada juga turut mengajak penonton untuk senentiasa aktif di aplikasi di sepanjang acara berlansung dengan menawarkan  hadiah dan baucar istimewa daripada L’Oreal Paris, Carlo Rino, Philips, Lactogrow, Sunsilk, Drypers dan Xiaomi!

 

 

Selain itu, para penonton dijemput untuk menggunakan sebuah ciri khas yang dinamakan Shake It and Slash It dalam aplikasi mudah alih Lazada untuk mendapatkan potongan harga yang lebih rendah dari biasa! Kemeriahan festival beli belah atas talian yang berlansung sejak malam tadi turut dikongsi setiap penonton di laman media sosial mereka dengan berkongsi tanda pagar # MYLazada1111.


 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.