XPDC & MAY BERGABUNG GEGARKAN KONSERT METAL RETURN 1.0 LIVE DI STADIUM PERAK IPOH

November 11, 2018

 

 

Stadium Perak, Ipoh bakal menjadi tumpuan untuk sebuah konsert yang menggabungkan kumpulan rock terkenal di era 80'an dan 90'an iaitu XPDC dan MAY. Peminat rock khususnya di negeri itu ternanti-nanti akan konsert seperti ini, Ipoh juga boleh dikatakan lokasi wajib dan ia pernah menjadi tempat pertemuan kumpulan rock popular yang mengabungkan May, Febians, Bloodshed dan ramai lagi satu ketika dahulu di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

 

 Anggota Kumpulan XPDC dan May turut hadir ketika sidang media konsert berkenaan baru-baru ini di restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur.

 

Justeru itu, Ladyboss Studio yang berpangkalan di Ipoh mengambil inisiatif untuk menggabungkan dua kumpulan rock popular. XPDC dan May dalam Konsert Metal Return 1.0 Live @ Stadium Perak, Ipoh yang akan berlangsung pada 15 Disember ini. Ladyboss Studio adalah satu jenama besar di Ipoh yang mempunyai studio untuk proses rakaman demo, single. rakaman live artis solo dan berkumpulan, backing track, mixing & mastering serta pelbagai kemudahan lain.

 

Selain itu. pelbagai acara lain turut dianjurkan oleh syarikat ini antaranya gigs, kelas zumba. parkhidmatan katering, majlis harijadi. masterclass dan pelbagai lagi. Tidak dinafikan kolaborasi dua kumpulan ini sesuatu yang hebat kerana XPDC dan May layak diiktiraf antara kumpulan legenda rock Melayu di Malaysia selain Search dan Wings serta beberapa kumpulan lain.

 

XPDC dan May masih lagi relevan dalam industri muzik rock era kini. Bahkan lagu -lagu nyanyian mereka masih menjadi pilihan untuk dimainkan di radio serta dinyanyikan oleh peminat semua generasi di pusat pusat karaoke. Pasti berita ini ditunggu-tunggu oleh peminat rock di negari Perak yang semestinya dahagakan konsert berskala besar sepertimana yang dilalui suatu ketika dahulu.

 

XPDC yang dianggotai oleh Ali (vokal), Izo (gitar), Eddie (bass), Lola (drum) dan Arif (gitar) akan memberikan persembahan hebat dan memukau peminat. Mereka yang tampil dengan album terbaru berjudul Doa (Dakwah Only Allah) akan memperdengarkan lagu-Iagu popular XPDC serta lagu-lagu terbaru yang mempunyai mesej dakwah kepada peminat.

 

“Kita saling berkongsi. Apa yang kami tahu, kamu kongsikan dengan peminat. Kamu bercerita benda yang baik dan orang akan dengar benda yang baik. Sama ada orang nak terima atau tidak, itu kerja Allah. Kami sudah puashati dapat menampilkan apa yang baik. Usia kami pun dah meningkat, takkan masih nak menyanyikan lagu cinta. Peminat pun dah sama usia dengan kami. Pasti mereka dapat terima lagu sebegini,” kata Izo.

 

May pula ibarat balik kampung kerana mereka berasal dari Ipoh. Mus (penyanyi), Abu (gitar), Yus (bass) dan Man (drum) berasal dan Manjoi, Perak dan menjadi kebanggaan warga Perak selain kumpulan SYJ dan Sofea.


“Agak lama juga kami nak beraksi di negeri sendiri. Pasti May akan menggunakan peluang ini untuk memberikan persembahan terbaik yang memukau peminat,” kata Mus.

 

Tiket untuk Konsert Metal Return 1.0 Live @ Stadium Perak. Ipoh didapati dalam kepada beberapa kategori iaitu VIP ZONE RM150 di mana peminat berpeluang hadir untuk sesi meet & greet XPDC dan May dalam majlis hi-tea, mendapat T-shirt logo VIP dan menghadiri sesi soundcheck; kategori METAL ZONE RM95 akan mendapat T-shirt dan METAL ZONE RM60. Selain XPDC dan May, peminat juga boleh menyaksikan persembahan band-band undangan iaitu Farasu, Sparrow, Gfoss, Rockvival, Chronology, Ur’s, Portzero, Granite. Sniperz, Septiktone, Hakikat, Trivia, Ubs Band, Metalluka dan Holysnake. Acara sampingan lain iaitu pertandingan Kap-chai Supreme Hero 1.0 juga akan diadakan pada jam 10 pagi pada hari yang sama.. Dengan bayaran masuk RM80, peserta akan mendapat tiket Konsert Metal Return 1.0 Live serta T-shirt Event + Sticker + 1 Entry Lucky Draw.

 

 

Tiket konsert boleh didapati dengan menghubungi nombor-nombor yang tertera di poster, agen-agen sah atau secara online di www.stubapp.com. MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.