JustGreat Minuman Jus 100% Hasil Penyelidikan Hampir 9 Tahun

November 18, 2018

 

Masa kini, banyak produk-produk kesihatan terus mendominasi pasaran setempat. Tidak dinafikan semua produk tidak semestinya memberikan kesan atau hasil yang cepat secara langsung kepada pengguna malahan tiada juga  yang boleh memberikan sebarang jaminan sebagai langkah pencegahan awal bagi sebarang masalah kesihatan yang dialami. 

 

Maka,  lahirlah sebuah produk minuman kesihatan jenama JustGreat yang dijamin kualitinya daripada hasil kajian pakar selama  hampir 9 tahun.

 

Hana Medic, sebuah syarikat pengeluar & pengedar peranti perubatan tempatan membuka satu lembaran baru dalam bidang pemakanan sihat dengan menaung jenama JustGreat, jus buah-buahan keluaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Prof. Dr. Norayati Abdul Majid, Pengarah Urusan Hana Medic Sdn. Bhd. telah berjaya mendapat hak milik tunggal untuk JustGreat pada awal tahun 2018.


JustGreat, jus buah-buahan campuran menggunakan Durian Belanda, Mangga dan Limau Kasturi dan madu tulen merupakan jus yang kaya antioksidan tinggi hasil kajian MARDI yang telah mengambil masa 9 tahun dengan kos pembangunan keseluruhan projek menelan sebanyak RM2.5 Juta. JustGreat telah meraih 3 anugerah antarabangsa (Anugerah Emas dan Anugerah Emas Berganda di British Invention Show (BIS) 2012 dan Anugerah Cemerlang dalam iENA 2013) dan pelbagai anugerah tempatan yang lain dalam kategori inovasi & teknologi.

 

 

'.....sehingga sekarang pun kami masih lagi menjalankan kajian terperinci mengenai sejauh mana produk JustGreat boleh menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit Diabetis...........' kata Prof. Dr. Norayati Abdul Majid.

 

'.....kami telah mencuba banyak buah-buahan tempatan dalam kajian tetapi khasiat 3 buah ini iaitu Mangga, Durian Belanda dan Kasturi merupakan agen aktioksidan yang terbaik....' Ujar beliau lagi ketika ditanya kenapa memilih buah-buahan ini di dalam pembangunan JustGreat.

 

Beliau yang ditemubual oleh MB di Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

 

 

Prof. Dr Norayati Abd Majid (Kredit Foto: Utusan Online)


Antioksidan adalah elemen penting diperlukan badan untuk menghalang dan melindungi sel daripada kerosakan ‘oksidatif’ akibat paras radikal bebas yang tinggi dalam darah. Bahan antioksidan banyak ditemui dalam produk jus berasaskan manggis, pelbagai beri seperti acai berry, cran berry, blackberry dan teh hijau, namun penyerapannya dalam tubuh mengambil masa lama. Berbanding dengan produk-produk antioksidan di pasaran, JustGreat merupakan produk yang telah terbukti secara klinikal dan mengutarakan kebaikannya dalam proses kebolehserapan dalam tubuh manusia.


Hasil penyelidikan kandungan asid fenolik bebas (sejenis antioksidan) dalam JustGreat adalah lebih tinggi berbanding pelbagai produk import dan tempatan. Selain itu, JustGreat juga mengandungi 18 jenis vitamin dan nutrient penting yang diperlukan oleh badan manusia seperti Vitamin B2, B3, B6, B7, B12, Vitamin C, Nitrogen, Fosforus, Potassium, Kalsium, Magnesium, Natrium, Sulfat, Zink, Mangan, Besi, Tembaga & Kromium. Kesan positif pengambilan JustGreat termasuk penurunan sel darah putih, penstabilan enzim dalam hati, penurunan kadar kolesterol, penurunan darah tinggi serta boleh meningkatkan enzim antioksidan dalam otak.

 

Testimoni seorang pesakit kanser, Puan Nora. Beliau berkongsi pengalaman tentang JustGreat. Sumber : Facebook JustGreat 

 

 

Melihatkan potensi JustGreat dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah melancarkan JustGreat pada 4 September lalu di ibu pejabat MATRADE. Hana Medic kini sedang berkerjasama rapat bersama pihak MARDI dan MATRADE untuk menjulang JustGreat ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

 

 
Untuk pasaran tempatan, Hana Medic akan memasarkan JustGreat melalui kaedah ejen, stokis dan di kedai farmasi. Sesiapa pengusaha yang berminat untuk menjadi stokis atau ejen JustGreat, silalah berhubung melalui talian 06-794 2018 atau melayari www.justgreat.my untuk maklumat lanjut. MYBUZZ!
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.