Juara GV5 Milik Noryn Aziz, Naib Juara, Dia Fadila dan Tempat Ketiga, Zamani

November 18, 2018

 

 

 

Selama 8 Minggu akhirnya 6 orang bintang Gegar Vaganza musim ke 5 (GV5) berjuang demi merebut Juara GV5 , akhirnya GV5 mengangkat Noryn Aziz sebagai Juara Musim ke 5 ini sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sumbangan Astro sebanyak RM100,000.

 

 Foto dari kiri: Dia Fadila (Naib Juara), Noryn Aziz (Juara) dan Zamani (tempat ke 3)



Dia Fadila menduduki tangga Naib Juara GV5 dengan menerima wang tunai RM50,000.

Tempat ketiga pula dimiliki oleh Zamani dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000.

Seterusnya tempat keempat jatuh kepada Amelina dengan menerima wang tunai RM20,000.

Tempat kelima pula milik Maya Ruslee dengan membawa pulang wang tunai RM15,000 .

Akhir sekali, tempat keenam milik Billy Zulkarnain mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

Semua bintang GV5 akhir menerima pakej penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan sebuah Piala Gegar Vaganza.

 

 Foto Dari Kiri Zulkarnain, Zamani, Dia Fadila, Noryn Aziz, Amelina, Maya Ruslee dan Billy



Sebagai tambahan, Bintang Cuckoo Paling Gempak GV5 akhir diungguli oleh Zamani.

Bertemakan Duet & Battle, bintang-bintang GV5 telah diberikan tugasan lagu Duet seperti berikut.

1. Laskar Cinta duet bersama Awi Rafael - Noryn Aziz
2. The Power of Love duet bersama Bob-Amelina
3. Makin Aku Cinta duet bersama Ajai- Dia Fadila
4. Nisan Cinta duet bersama Ernie Zakri-Maya
5. Lagu Jiwa Lagu Cinta duet bersama Ameng - Zamani
6. Curiga duet bersama Idayu - Billy Zulkarnain

Seterusnya untuk segmen Battle pula seperti berikut.

1. Where Is Love - Noryn Aziz & Dia Fadila
2. Teman Pengganti - Amelina & Maya
3. Bunga - Zamani & Billy Zulkarnain

Terdahulu pada minggu separuh akhir GV5 menyaksikan Hetty Sarlene & Forteen tersingkir kerana mendapat markah yang terendah. 

Konsert akhir GV5 diadili pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional terdiri daripada juri tetap Dato Haji Ramli MS dan Dato Khadijah Ibrahim manakala Datuk DJ Dave dan Joe Flizzow selaku juri jemputan. GV5 dihoskan oleh gandingan Pengacara lawak popular Nabil Ahmad & Jihan Muse.

Gegar Vaganza musim ini disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123, bertempat di Dewan MBSA, Shah Alam dan ditaja oleh D’Herbs selaku penaja utama dan bersama penaja lain iaitu Cuckoo dan Adabi. Manakala rakan digital iaitu Gempak & Astro Go, Radio Digital dan Radio Rasmi oleh Raku dan SINAR serta rakan Gegar Vaganza Astro Circle.MYBUZZ! 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.