RAIKAN MAULIDUR RASUL DI MALAM KL RHYTHM NITEZ:HUBBU RASUL - MASUK PERCUMA

November 19, 2018

 

 

Sempena sambutan Maulidur Rasul yang akan disambut saban tahun oleh umat Islam diseluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) akan menganjurkan  persembahan KL Rhythm Nitez: Hubbu Rasul  pada 24 November 2018 jam 8.30 malam bertempat di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.

 

Program ini bertujuan diadakan memperingati hari keputeraan jujungan besar Rasulullah s.a.w dan menghayati sirah perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam.

 

Hubbu Rasul mengabungkan persembahan artis-artis yang terkenal termasuk 2 kumpulan artis nasyid tanahair iaitu Raihan dan Rabbani.  Aris Ariwatan, Mawi, Daly Filsuf dan Raqib Majid turut menjayakan program.  Imam muda Nazrul juga akan bertindak sebagai Hos pada malam tersebut.

 

 

Foto dari kiri : Aris Ariwatan, Zed Zaidi (Presiden SENIMAN), En. Khairul (Pengarah, Jabatan Kebudayaan, Keseniaan, Pelancongan dan Sukan, DBKL), Puan Hasliza (Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Keseniaan, Pelancongan dan Sukan, DBKL) dan Che Amran (Kumpulan Raihan)

 

 

'' mereka akan menyanyikan lagu-lagu kerohanian dan lagu-lagu yang mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi dan memuji keagungan Allah s.w.t....'' Ujar En. Khairul, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, DBKL.

 

''setiap artis juga akan menyanyikan 3 buah lagu dan sebanyak 15 buah lagu akan dipersembahkan pada malam tersebut...." UJar beliau lagi.

 

Semua persembahan akan diiringi oleh Orkestra DBKL dengan mengunakan pelbagai instrumen muzikal termasuklah gambus, seruling dan percussion serta persembahan artis budaya DBKL.

 

En. Khairul juga menambah bahawa program ini adalah di bawah inisiatif KL Rhythm Nitez, DBKL dan menjangkakan akan dijadikan salah satu daripada 6 acara yang telah dijadualkan pada tahun 2019.

 

Selain itu, program ini bertujuan untuk memberikan hiburan santai secara percuma kepada warga kota, selain memberi ruang dan peluang kepada artis-artis tempatan membuat persembahan. Persembahan ini diadakan secara PERCUMA dan semua wargakota dan orang ramai dijemput hadir dan tempat adalah terhad kepaa 600 orang sahaja bagi menyaksikan persembahan artis-artis tersebut. Sehubungan itu orang ramai perlu mengesahkan kehadiran melalui @klrn.wasap.my

 

Orang ramai bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman media sosial Instagram Klcatsevents dan berhubung dengan persatuan SENIMAN di talian 03-41055442 dan melalui emel persatuansenimanmalaysia@gmail.com. MYBUZZ!

 

Foto sekitar sidang media Hubbu Rasul yang telah diadakan di Mayor's Courtyard, Jalan Tangsi Kuala Lumpur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.