ZOEY RAHMAN DAN APRENA MANROSE BAKAL MUNCUL DALAM FILEM KOMEDI AKSI 'AWANG GERUDI'

November 20, 2018

 

Setelah agak lama tidak menerbitkan filem, KIRAWANG SDN. BHD. kini mempertaruhkan sebuah filem terbaru bertajuk AWANG GERUDI.  Filem bergenre komedi aksi yang akan menemui penonton di pawagam pada 27 Disember 2018 ini mendapat sentuhan pengarah berpengalaman, Zek Lokman.

 

Untuk filem ini, Zek Lokman telah menggabungkan barisan pelakon muda dan pelakon berpengalaman seperti Zoey Rahman, Ika Nabila, Aprena Manrose,  Mustapha Kamal, Abon, Accapan, Rashidah Jaafar dan Dato’ T.S. Jeffry.

 

Filem ini digarap dengan jalan cerita menarik dan tersendiri serta memiliki gabungan aksi dan komedi ringan yang sesuai ditonton seisi keluarga. Filem yang akan diedarkan oleh EMPIRE SOLUTIONS SDN.BHD. ini  diharapkan dapat menyajikan yang terbaik bagi peminat filem Melayu di negara kita.

 

 

 

Bahasa: Melayu
Sarikata: Tiada
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Disember 2018
Genre: Komedi/Aksi

Penerbit: KIRAWANG SDN. BHD.
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Aprena Manrose, Zoey Rahman, Ika Nabila, Mustapha Kamal, Abon, Accapan, Rashidah Jaafar dan Dato’ T.S. Jeffry
Pengarah: Z. Lokman
Format: 2D

 

SINOPSIS

 

Dalam kilang makanan halal, Awang dipanggil oleh bosnya En. Tapa kerana salah laku dalam mengutip hutang. Awang telah memukul Pak Mahmud hingga terseliuh leher. Awang dibuang kerja. Tetapi Eda, anak gadis En. Tapa merayu pada ayahnya supaya menarik balik surat berhenti Awang. Rayuan Eda diterima.


Ibu Awang yang telah menjanda ada menyimpan barang antik berharga iaitu Gerudi Emas. Sebilah lagi dibawa pergi oleh ayah Awang entah ke mana. Gerudi Emas tidak boleh dijual kerana barang warisan yang tidak ada surat ‘bon’. 


Percintaan  Awang dan Eda berjalan lancar. Ina Inul datang mengganggu dengan dendamnya kerana Awang pernah memukul gerudi pada ayahnya Pak Mahmud dan pengikutnya yang juga aktif dalam aktiviti pengedaran dadah. Ina Inul yang pakar dalam tarian gerudi berdepan dengan Awang Gerudi yang kesudahannya membawa bencana kepada keluarga Ina Inul.


Awang dan Eda dihantar oleh En. Tapa ke Lumut untuk membeli kilang makanan Tuan Amran yang terbengkalai. Awang mula menyiasat latar belakang kilang dan Tuan Amran. Didapati Tuan Amran seorang yang licik dalam mengendalikan kerja-kerja haram. 


Dia juga mempunyai Gerudi  Emas. Sesudah diselidik tahulah Awang yang Gerudi Emas itu kepunyaan arwah ayahnya yang mati dibunuh oleh Tuan Amran. Berjayakah Awang menuntut bela atas kematian ayahnya? Apakah kedua-dua Gerudi Emas dapat disatukan?
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.