MENGAPA ELIZAD SHARIFUDDIN DIPENJARAKAN?

November 28, 2018

 

Selepas 10 tahun meringkuk dalam penjara, Dian akhirnya dibebaskan apabila tempoh hukumannya telah tamat. Kini, Dian ingin memulakan kehidupan yang baharu, namun dia juga mempunyai beberapa misi yang perlu diselesaikan... 

 

Mula bersiaran di ntv7 pada 28 November, drama ‘Dian’ menampilkan pelakon jelita Elizad Sharifuddin sebagai watak utama yang terpaksa mengharungi pelbagai panca roba dan halangan dalam hidup. Sebuah karya arahan Kyoll Hamzah terbitan A-10 Alliance Sdn. Bhd., drama ini pastinya akan menyentuh jiwa serta emosi para penonton. Lebih menarik lagi, barisan pelakon hebat seperti Qi Razali, Erra Fazira, Yasmin Hani, Tony Eusoff, Mimi Lana dan ramai lagi turut terlibat untuk menjayakan drama siri ini.

SINOPSIS

 

Drama 20 episod ini memaparkan kisah seorang wanita bernama Dian, yang berhasrat untuk berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Hisham (Qi Razali) tetapi mendapat tentangan oleh ibunya, Yon Aishah (Fazlina Ahmad Daud). Sebenarnya, ibu Dian sudah merancang untuk mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Faris (Tony Eusoff) yang merupakan seorang doktor yang berjaya, Tapi apakan daya, Dian keras kepala dan  tetap berpegang teguh dengan pilihannya.

 

Dian dan Hisham telah dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Fiqa (Mimi Lana) dan Aiman (Izzy Reef Izzu) selepas mereka mendirikan rumahtangga. Dian tidak sangka bahawa Hisham ialah seorang kaki judi dan suka membazir masa dan wang di kelab-kelab judi setiap malam. Ketagihan berjudi Hisham semakin menjadi-jadi sehingga Dian terpaksa memilih cara alternatif untuk memberi wang kepada suaminya itu.

 

Suatu hari, Hisham bertengkar besar dengan Dian setelah Dian sudah tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya itu. Dalam pergelutan, Hisham tertikam dan Dian pula dipenjarakan selama 10 tahun atas cubaan untuk membunuh serta mencederakan suaminya sendiri.

 

Dipenjarakan selama 10 tahun atas cubaan untuk membunuh serta mencederakan suaminya sendiri - Dian


Ketika Dian meringkuk dalam penjara, Hisham telah mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan Nisa (Yasmin Hani). Nisa terpaksa menjadi ibu tiri kepada Fiqa dan Aiman walaupun dia sebenarnya benci mereka berdua. Tabiat buruk Hisham yang obses dengan judi itu masih belum dapat dibuang, dia masih kerap membuang masa di kelab judi.
 
Siapa sangka walaupun sudah berbini dua, Hisham berkahwin pula dengan Eva Raisya (Erra Fazira). Malangnya, Eva tidak tahu bahawa Hisham hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaannya.


Masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik, sudah 10 tahun Dian dipenjarakan. Selepas dibebaskan, Dian mempunyai misi untuk mencari kedua-dua anaknya semula. Hisham yang gila talak pula ingin memenangi hati Dian kembali setelah mengetahui bahawa Dian kini sudah bebas.

Pelbagai kejadian telah berlaku ketika Dian cuba untuk menjejaki anak-anaknya semula. Adakah Dian cukup tabah untuk mengharungi segala ujian yang menimpa hidupnya ini? Inginkah Dian maafkan Hisham dan pulang semula ke pangkuan suaminya itu? Jangan ketinggalan untuk menonton drama Dian, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 8.30 malam, hanya di ntv7! Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram ntv7 iaitu @ntv7malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.