MYBestBox Dilancarkan Buat Pertama Kali Di Malaysia

November 30, 2018

Tentu anda semua pernah mendengar permainan realiti popular di TV seperti Running Man atau Super Trio Games Master kan? Buat pertama kalinya MYBestBox dilancarkan di Malaysia baru-baru ini bagi mengajak orang ramai merasainya sendiri pengalaman yang cukup bermakna dalam permainan hiburan selebriti atau berkonsepkan  Variety Show Games.

 

 

Foto dari kiri Izzue Islam (Selebriti), Chi Chin Sei (Pengarah MyBestBox), Sheehan Tee (Pengasas dan CEO MyBestBox) , Chan-Sze Kei (Pengarah MyBestBox). Adeline Tse (Selebriti) dan Thomas Xiaodong (Selebriti)

 

Dengan pengalaman selama 4 tahun di Hong Kong dan juga sebagai pencipta permainan heronya iaitu 'Rain Biking dan Human Ping Pong', ia menjadi satu kebanggaan terhadap MYBestBox bagi membuka cawangan pertamanya di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dengan membawa lebih 40 jenis pelbagai permainan keseronokan yang disediakan sebagai daya tarikan utama kepada pengunjung dan ditambah lagi dengan keluasan ruang permainan sebesar 12,000 kaki persegi. 

 

Pelbagai permainan atau pertunjukan telah disediakan oleh MyBestBox bagi memastikan setiap pengunjung mencubanya. Keluasan MYBestBox boleh menampung 500 orang pada satu-satu masa. MYBestBox juga telah membawa pelbagai permainan yang menjadi tumpuan 'top-played games' yang didatang khas dari Hong Kong.

 

Pengunjung atau orang ramai akan menikmati pelbagai pemainan baharu yang telah disediakan seperti berikut:

 

1. VS Hall - Tarikan utama dimana anda boleh mencabar kawan anda dalam pelbagai permainan, mencabar diri sendiri dalam menentukan siapakah pemenang dalam keseluruhan permainan tersebut.

 

2. The Dry Pool - Inspirasi daripada Northen Lights, direka untuk merasai pengalaman di dalam kolam kering yang dipenuhi oleh beribu bola kristal yang berkilau.

 

 

3. Crazy Kartz - Penambahbaikan daripada Go-Kartz, mencabar kawan anda di dalam permainan Go Kart dan pemenang ditentukan siapa dahulu yang akan sampai ke garisan penamat.

 

4. Kiddy Zone - Zon kanak-kanak dimana mereka akan menyelam ke dalam takungan bola berwarna bersama sebuah patung beruang besar untuk mereka bergembira sepanjang hari.

 

5. Rage Room - Pertama kali di Malaysia, permainan yang memusnahkan sebarang objek yang sebelum ini anda tidak pernah buat dan merasaikan pengalaman melepaskannya.

 

6.Party Room-  ia membezakan 3 kumpulan party room, mengikut saiz kumpulan dengan bermula dengan kapasiti 15 orang atau lebih di dalam setiap ruang atau bilik yang tersendiri. Bilik tersebut dilengkapi dengan peralatan Playstation, Nintendo Switch, Board Games dan Karaoke set. Pengunjung party room  juga akan menikmati 3 lagi tarikan lain seperti VS Hall, The Dry Pool dan Kiddy Zone.

 

7. The Box - The Box ialah dewan serbaguna dengan keluasan 2000 kaki persegi dan boleh memuatkan  kapasiti 350 orang di dalam sesuatu acara. Ia sesuai untuk sebarang acara persendirian, pelancaran produk, bengkel, persidangan, DJ event dan lain-lain. The Box juga dilengkapi dengan sistem pencahayaan, sistem bunyi dan ia boleh dihiaskan dengan pelbagai dekorasi yang menarik.

 

 

 

 

 

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MyBestBox, Encik Sheehan Tee memberitahu bahawa MYBestBox merupakan acara yang pertama kali di Malaysia untuk mempromosi Sukan Kreatif atau Creative Sport yang menggabungkan sukan aktif diantara keseronokan dan hiburan.  Dengan ini, kite telah mencipta pelbagai keunikan, sukan dan permainan kreatif yang boleh menjamin nilai semangat pasukan seperti mengkoordinasikan pasukan, komunikasi dan kemahiran memimpin.

 

 

 

 

  • Alamat : Berjaya Times Square, Lot 06-99, Level 6, East Wing, Entertainment Podium. No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

  • Tel: +603 – 2775 5117

  • E-mail: info@mybestbox.com.my

  • Waktu Operasi : 10am – 11:59pm

     

     

MYBestBox juga telah mendapat pengesahan Malaysia Truly Asia dan untuk sebarang maklumat lanjut mengenai MYBestBox, anda boleh melayari www.MYBestBox.com.my. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.