BERNIAGA SAMBIL BERAMAL BERSAMA YAZIT SEARCH


Berita baik buat semua peniaga yang ingin menjana pendapatan di Uptown M3 Mall, Taman Melati, Kuala Lumpur. Pihak Double Twos Resources kini membuka peluang kepada mana –mana peniaga yang berminat dan berpengalaman untuk menjual produk mereka seperti makanan, pakaian, aksesori dan sebagainya.


Dalam masa yang sama, para peniaga yang terlibat berpeluang untuk beramal bersama bekas pemain dram kumpulan Search , Yazit. Yazit Search yang juga merupakan duta Up Town M3 Mall, akan bersama-sama buskers yang terlibat membuat persembahan di sana.


Dengan adanya Uptown M3 Mall dan Yazit selaku duta, membuka peluang kepada artis lama dan baru yang ingin membuat persembahan busking yang akan dilengkapi peralatan pentas. Kepada para artis ingin memasarkan produk atau perkhidmatan, pihak Uptown M3 Mall menyediakan booth Celebrity Corner yang akan dijadikan Celebrity street dimasa akan datang.


Sambil membeli barangan keperluan dan berhibur, orang ramai yang hadir juga boleh menderma seikhlas hati setiap kali persembahan Yazit diadakan. Selain Yazit, sumbangan juga akan diberikan kepada golongan artis lain yang memerlukan bantuan. Program ini turut mendapat sokongan padu dari Konsortium Idustri Rakaman Muzik Malaysia atau singkatannya IRAMA.


Kepada para peniaga, jangan lepaskan peluang ini! Anda tidak perlu bimbang kerana kos sewaan yang berpatutan ditawarkan selaras dengan kos sara hidup masa kini. Lot yang ditawarkan adalah 12 lot food truck berharga RM1100 setiap lot, 15 lot gerai makanan berharga RM850 setiap lot dan 45 lot gerai pakaian berharga RM650 setiap lot.


Kemudahan yang disediakan buat peniaga dan pengunjung adalah parkir kenderaan dan tandas yang disediakan oleh M3 Mall. Selain itu, terdapat aktiviti hiburan oleh buskers jemputan serta karaoke turut disediakan penganjur. Tidak lupa, publisiti di laman sosial facebook dan instagram oleh pihak penganjur.


Semua peniaga boleh menjalankan perniagaan bermula 1 Disember 2018 ini. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi urusetia HSKLCC Resources di talian 013-3242799 (Rosli) atau 012-2195741 (Haizam)

YAZIT Berniaga Online Sara Hidup


Yazit search pernah mengeluarkan kenyataan yang hidupnya ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.


Walaupun masih sakit buah pinggang dan asma, Yazit tetap mencari rezeki dengan menjual produk makanan dan kraftangan secara online. Namun, punca pendapatan ini tidak mampu untuk menanggung kos perubatan Yazit sendiri.


Selain itu, Yazit juga aktif bermain muzik bersama kumpulan As Salam yang diketuai oleh Zul Handy Black melalui persembahan-persembahan amal.


Jesteru, melihat kesukaran hidup Yazit yang pernah memberi sumbangan besar kepada industri muzik (melalui Search), pihak Double Twos Resources berbesar hati melantik Yazit sebagai Duta Up Town M3 Mall.


Pelantikan ini juga adalah salah satu cara untuk membantu Yazit menjana pendapatran melalui persembahan yang akan beliau adakan di tapak perniagaan tersebut.


Maklumat Penganjur:

Penganjur : Double Two Resources Urusetia : HSKLCC Resources Person In Charge : Rosli - 013-3242799 atau Haizam - 012-2195741 Website : www.m3mall.com.my Email : doubletwosresources@gmail.com Fb : uptown m3 mall Ig : uptown m3 Mall

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.