PENJAGAAN KAKI BERMULA DI PUSAT REHABILITASI SUNFEET INTERNATIONAL

December 3, 2018

Pusat rehabilitasi kaki, Sunfeet International Rehab Centre minggu lalu telah melancarkan program 'Back To School - Healthy Feet, Healty Kids' di premis mereka yang terletak di Seksyen 19 Petaling Jaya, Selangor.

 

Pada majlis tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan kepada pengunjung  seperti sesi pemeriksaan kaki secara percuma serta seminar berkaitan kepentingan penjagaan kaki sejak usia kanak-kanak. Bagi sesi pemeriksaan kaki, para pengunjung berpeluang mendapatkan secara terperinci jenis masalah kaki khususnya masalah berkaitan tapak kaki.

 

Secara umumnya 4 dari 5 individu dewasa hari ini menderita masalah penyakit kaki tanpa disedari oleh mereka. Antara masalah-masalah yang sering dihadapi adalah seperti Severe Pronated Feet, Flat feet, High Arch Feet, Plantar Fasciitis, Heel Spur, Hallux Valgus, Bunion, Osteoarthritis Knee dan Intoeing Gait.

 

 Masalah-masalah yang sering dikaitkan dengan tahap kesihatan kaki yang dihadapi orang ramai

 

Kesemua masalah ini selalu dikaitkan dengan gaya hidup seseorang individu tersebut khususnya merujuk kepada cara pemakainan kasut serta pemilihan kasut yang salah. Kesemua masalah ini jika tidak diberikan perhatian dari usia muda akan memberikan kemudaratan setelah individu tersebut menginjak ke usia dewasa. Pemilihan kasut yang bersesuaian dengan bentuk kontur kaki dapat membantu menghindari daripada masalah ini. 

 

Menurut CEC (Chief Executive Clinician) di Sunfeet International Rehab Centre, Datuk Dr. Edmund Lee kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya penjagaan kaki di usia awal masih rendah. Oleh yang demikian, pusat ini diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mengenali masalah kaki dengan serta bantuan sokongan penjagaan kaki yang komprehensif kepada mereka yang memerlukan. Datuk Dr. Edmund Lee juga menyeru orang  ramai untuk hadir ke pusat rehabilitasi Sunfeet International bagi mendapatkan sesi pemeriksaan kaki secara percuma serta konsultasi lanjut.

 

 Orang ramai boleh menmbuat pemeriksaan kaki atau mengenalpasti jenis tapak kaki dengan pemeriksaan yang diberikan secara percuma di Sunfeet International Rehab Centre, Petaling Jaya

 

PROMOSI PROGRAM 'BACK TO SCHOOL - HEALTHY FEET, HEALTHY KIDS'

 

Bersempena dengan sesi cuti persekolahan akhir tahun ini, pusat rehabilitasi kaki Sunfeet turut bakal mengadakan beberapa sesi forum terbuka kepada orang ramai tentang kesedaran penjagaan kaki serta masalah yang melibatkan penjagaan kaki.

 

Disamping itu pusat rehabilitasi kaki Sunfeet turut mebngadakan promosi kembali ke sekolah dengan mengadakan jualan kasut serta bag sekolah. Kasut sekolah yang dijual di pusat rehabilitasi Sunfeet telah direka khas oleh Datuk Dr. Edmund Lee dan pasukannya dengan ciri ciri unik yang dapat membantu serta menyokong kaki kanak-kanak sesuai dengan aktiviti seharian mereka di sekolah.

 

Selain itu , Datuk Dr. Edmund Lee turut mereka khas beg sekolah yang mempunyai rekabentuk dan ciri-ciri istimewa yang membantu menyokong kontur tulang belakang kanak-kanak dan mengurangkan tekanan sewaktu mereka membawa beg tersebut.

 

 

Promosi Back To School di pusat rehabilitasi kaki Sunfeet International sedang berlansung dan bakal berakhir pada penghujung Disember 2018. Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut  berhubung aktiviti, forum, sesi konsultasi dan promosi, orang ramai boleh melayari lamas sesawang pusat rehabilitasi Sufeet International di www.sunfeet.com.my atau di platform media sosial facebook Sunfeet International atau menghubungi talian  013-912 2939 atau 013-528 3939

 

Lokasi: Sunfeet International Rehab Centre, Blok C No18 Jalan19/1 Seksyen 19, 46300 PJ

Operasi: 10:00 pagi - 7:00 petang

Hubungi: 013-912 2939 / 013-528 3939

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.