FIREFLY RAI 40 ANAK-ANAK PSPK SEMPENA SAMBUTAN HARI NATAL

December 8, 2018

 

 

Seramai 40 orang kanak kanak dari Persatuan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti di Daerah Gombak, Selangor (PSPK) di raikan oleh kakitangan Firefly Airlines semalam   di Taman Hidupan Liar di Sunway Lagoon sempena sambutan Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi.

 

Sambutan Krismas bukan sahaja untuk meraikan musim perayaan tetapi juga sebagai sebahagian daripada program #FYcares Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat penerbangan dalam memberi kembali kepada masyarakat.

 

Kesemua kakitangan Firefly Airlines dan anak-anak ini begitu teruja saat mereka tiba seawal 9.30 pagi. Kehadiran mereka telah disambut oleh kakitangan Wildlife Park Rangers dipintu masuk diikuti taklimat sebelum kanak-kanak ini dibawa menjelajah ke suluruh taman tersebut. 

 

Selepas sesi bertemu dan bergambar, rombongan itu dibawa ke Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon untuk lawatan peribadi dan melihat lebih dari 150 spesies haiwan yang ditempatkan di taman itu.

 

Semasa lawatan itu, kanak-kanak turut diperkenalkan kepada Harimau Putih, Samson dan Asha, Singa Putih Zola dan Zuri, Harimau Akar, Mawas Putih, Black -Eared Marmoset yang merupakan sejenis spesis monyet kecil  dan banyak lagi. Mereka juga diberikan peluang memberi makan arnab dan tikus guinea pig, ayam peliharaan dan kura-kura, dan diajar bagaimana untuk menggunakan jaring ikan yang betul.


Melewati tengahari, rombongan kanak-kanak itu dihiburkan  dengan pertunjukan aksi pelbagai haiwan liar di Wildlife Theater. Disini kesemua kanak-kanak ini diberi peluang menonton aksi persembahan oleh haiwan liar yang telah dilatihdan berpeluang untuk belajar lebih banyak tentang mereka juga.

 

 

Keseluruhan robongan kemudiannya dibawa  ke Harbour Deck untuk makan tengah hari yang lazat oleh Marrybrown.  Encik Ignatius Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Airlines turut menyerahkan hadiah Natal mereka yang merupakan beg sekolah dengan barangan alat tulis di dalamnya.

 

Turut hadir ialah Rev. Henry Sandanam, Pengasas dan Presiden Persatuan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti Daerah Gombak, Selangor (PSPK) yang bertanggungjawab terhadap pengurusan keseluruhan PSPK; merangkumi perancangan dan strategik , untuk membiayai dana dan projek, kepada pelaksanaan program dan perkhidmatan.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.