BISA PERTAMA TARUHAN AIR MATA IZZMAD HARUN

December 16, 2018

Penyanyi muda dan berbakat besar Mohammad Hazwan bin Harun atau lebih dikenali sebagai Izzmad Harun, 23 tahun baru-baru ini telah berjaya melancarkan single terkini  Bisa Pertama yang dikatakan akan menjadi lagu berhantu beliau selepas ini.

 

  

Setelah banyak buah lagu dirakamkan sebelum ini seperti Sahabatku, Inilah Cinta, Saat ini, Bulan Bintang, Aiziah, Baju Raya Ekslusif (Lagu Raya dan Saat Kau Jauh manakala Selalu Di Jiwa dan lagu Nilai Kasih juga pernah diangkat menjadi lagu runut bunyi di dalam drama popular di stesen TV. Kini dengan kehadiran Bisa Pertama membuktikan Izzmad Harun atau lebih mesra dipanggil Izz ini tidak pernah mengenal erti putus asa walaupun  menempuhi pelbagai suka duka untuk menjadi seorang anak seni.

 

'...Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi dengan izin Allah s.w.t lahirlah single masterpiece Bisa Pertama yang paling istimewa buat saya dengan sokongan padu dari Ibu dan Bapa dan ahli keluarga dan pasukan Izzmad Harun Empire..'' Ujar Izzmad Harun.

 

 

Izzmad menambah lagi '....saya juga ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada Abang Bayeng Black kerana memilih Izz menyanyikan lagu ini, walaupun pada permulaannya sukar untuk menghayati lagu ini tetapi dengan pengalaman yang ada sebelum ini sedikit sebanyak membantu Izz mampu menghasilkannya...'' 

 

 

 

 

Bisa Pertama diilhamkan oleh seorang pengusaha kedai makan Ayam Golek Baling Encik Shaharin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abang Bayeng Black merupakan sentuhan masterpiece yang terjadi daripada satu luahan rasa hati yang sebenarnya oleh beliau sendiri. Lagu Bisa Pertama ini cukup memberikan kesan yang mendalam kepada beliau dimana lagu ini telah tersimpan hampir 20 tahun dan Izzmad Harun merupakan insan yang terpilih untuk menyanyikan lagu ini.

 

Foto sekitar majlis pelancaran single terbaru Izzmad Harun - Bisa Pertama 

 

Selain menyanyi, Izzmad Harun juga aktif berlakon dalam drama dan telemovie antaranya Sembilu Dosa (RTM), Hassan (TV3), Karisma (RTM) dan banyak lagi.

 

lagu Bisa Pertama edaran oleh Life Records Malaysia telah dilancarkan di Ibis Kuala Lumpur City Centre Hotel yang juga selaku penaja lokasi dan penaja-penaja lain seperti Ayam Golek Baling, AGOBA, Adonys Magical, Grapichtech, CPG, Fat Cat Studio, Sincererity Australian Cosmeceuticals, LanBaharin, In House Salon, Marina Island Resort,  Homade Kuih Traditional, Jajan Borong, The Goodies House, Chenta Femes Crunchy dan Petal Florist Sungai Buloh. MYBUZZ!

BISA PERTAMA

 

 

Ku Bagaikan Tak Percaya

Tutur mu Menikam Sukma

Sebak dada pedihnya jiwa

Engkau berdusta

 

Kau Padamkan

Obor Cinta

Terasa gelap dunia

Di manakah sumpah dan setia

Sehati Sejiwa...aaaaa...

 

Tiada pernah aku menduga

Air mata jatuh tak terasa

Sekian lama kita bercinta

Engkau berubah akhirnya

 

Ku tahu cinta tak direstu

Tapi mengapa harus begitu

Tergamaknya dikau berlalu

Aku dalam sendu

 

Pertemuan,,, Perpisahan

Perjalanan kehidupan

Kan Terasa.. Selamanya

Bisa yang pertama

 

Komposer: Bayeng Black

Penulis Lirik : Bayeng Black

Susunan Muzik : Hadi Hassan

Suara Koir : J. Looi, Ianfaris Mohd Tahir, Bayeng Black

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.