V ULTIMATE WELLNESS BERHAD SASAR PENYENARAIAN IPO DI BURSA MALAYSIA MENJELANG SUKU KEDUA 2020

V Ultimate Wellness Bhd (VUWB) ditubuhkan sejak tahun 2005 merupakan sebuah entiti korporat yang menyediakan perkhidmatan kecantikan inovatif terulung di dalam industri kecantikan di Malaysia. Hingga kini VUMB bertindak sebagai syarikat induk yang menaungi empat jenama utama iaitu DrNano, Ava, DermaMaster dan H2G


Kumpulan ini memanfaatkan kecanggihan teknologi dalam perawatan kulit, estetik, rawatan pelangsingan dan penyelesaian produk penjagaan rambut yang turut menjadi strategi utama kumpulan.


Sehingga kini kumpulan VUWB telah memperluaskan perkhidmatannya kepada 26 cawangan di seluruh negara dengan lebih 200 ahli profesional yang disahkan dan masih berkembang. Fiona Gan yang merupakan pengasas dan individu terpenting di dalam kumpulan V Ultimate Wellness Berhad. Beliau sangat berpengalaman dan merupakan seorang ikon usahawan terkenal dalam industri kecantikan ini.

VUWB kini berhasrat untuk mengembangkan cabang perniagaan mereka ke dalam industri terapi urut keluarga yang kini kian pesat berkembang. Industri ini semakin pesat sejak 3 tahun yang lalu.


Kumpulan ini turut melantik Jamie Terauds untuk mengetuai unit komunikasi korporat dan pembangunan perniagaan. Jamie diamanahkan untuk menerajui segmen kesihatan dan kesejahteraan terutama dalam pengembangan perniagaan kumpulan ini ke seleuruh negara.

Pengasas V Ultimate Wellness Berhad, Fiona Gan (Tengah) bersama Susan (Kiri) dan Jaime Teraud (Kanan)

Jenama utama di bawah segmen kesihatan yang akan memandu kumpulan ini adalah MY Thai, MY Tradisi dan MY Thai Express. MY Thai merupakan segmen perniagaan yang menyediakan perkhidmatan spa mewah untuk keluarga serta rawatan terapi kesihatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan.


Kumpulan VUWB berhasrat untuk melancarkan enam (6) cawangan baharu di Lembah Klang pada 2019 dengan MY Thai sebagai jenama utama. Sekiranya penyenaraian IPO berjaya, kumpulan itu bercadang untuk menambah 27 cawangan tambahan di Lembah Klang, lima (5) cawangan di JB dan dua (2) cawangan di Pulau Pinang dan menyasarkan penubuhan 40 cawangan baharu dalam tempoh 36 bulan yang akan datang.


Kumpulan VUMB kini dalam proses untuk melantik TA Securities Bhd bagi mengkaji dan mempersiapkan latihan IPO dan menyasar untuk disenaraikan di Bursa menjelang suku kedua 2020.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.