IRAMA KECEWA TIADA SUARA ‘ORANG MUZIK’ DALAM FINAS


Konsortium Industri Rakaman Muzik (IRAMA) semalam meluahkan rasa kecewa susulan kepada laporan media pada minggu lalu berhubung pengumuman pelantikan baharu ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) termasuk Datuk Samsuni Mohd Nor selaku pengerusinya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 22 November 2018 yang lalu.

Sehubungan dengan itu, Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid bersama seluruh ahli IRAMA merasakan bahawa dengan perlantikan barisan baharu tersebut seolah-olah kementerian menidakkan kewujudan industri muzik tanahair yang selama ini turut sama menyumbang kepada pembangunan dan pendapatan negara.

“IRAMA merasakan sudah tiba masanya untuk kerajaan baharu hari ini mewujudkan satu badan khas sama ada di dalam Finas atau mewujudkan satu entiti baharu yang berasingan bagi mengawal selia segala aktiviti berkaitan pembangunan industri muzik Malaysia bagi memastikan suara orang music turut didengar.” ujar Presiden Irama , Ayob Abdul Majid. (foto)

“Kami berharap agar YB Gobind Sing Deo selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia lebih peka dalam meneliti setiap informasi yang diterimanya berhubung industri muzik Malaysia. Kita perlukan wakil dari mereka yang terlibat dalam industri muzik dalam FINAS. Industri perfileman sudah mula menampakkan peningkatan dan perubahan tetapi sebaliknya industri muzik Malaysia sudah 60 tahun seperti tiada bumbung.

Kita banyak rumah (persatuan) tapi malangnya kita masih tiada bumbung. Orang filem ada Finas sebagai bumbung mereka tapi kami sudah 60 tahun dianak tirikan oleh kerajaan terdahulu. Tindakan perlu diambil segera oleh kerajaan sebelum ia menjadi lebih parah,” ujarnya lagi.

Sehingga kini masih belum ada wakil yang berani untuk membentangkan kertas kerja berhubung pembangunan industri muzik di Malaysia. Walhal sekiranya perkara ini dibawa ke meja perbincangan secara serius, industri muzik Malaysia mampu menyumbang 300-600 juta ringgit setahun kepada pendapatan negara. Yang ada hanya pertikaian siapa benar dan siapa yang salah serta omong kosong yang belum mampu untuk direalisasikan.

Pendapatan warga seni khususnya dalam bidang seni muzik semakin hari semakin berkurangan hingga menyebabkan orang orang didalam industri terpaksa keluar daripada industri demi untuk mencari kelansungan hidup sekali gus untuk bertahan dalam kitaran ekonomi Malaysa yang mencabar hari ini.

Isu royalti sebagai contoh, sudah seringkali menjadi isu berulang dimana kerajaan masih gagal untuk memantau masalah pembahagian royalti kepada ahli ahli setiap badan kutipan royalti yang ada. Terkini PRISM diarahkan supaya bubar oleh mahkamah tetapi masih belum ada sebarang berita bagaimana nasib beribu ahli2 bawah PRISM serta isu tuntutan royalti mereka yang sudah bertahun tertunggak.


"Kemanakah agaknya hala industri muzik ini akan berada dalam tempoh masa 10 tahun yang akan datang? Adakah kita sudah ada perancangan yg jitu untuk masa hadapan kita?" soal Ayob.

IRAMA turut berbesar hati untuk menjemput orang ramai agar dapat hadir beramai-ramai ke seminar industri muzik dalam dunia digital 2019 yang bakal dianjurkan oleh IRAMA tidak lama lagi

Tentang IRAMA

Konsortium Industri Rakaman Muzik (IRAMA) ditubuhkan pada 2018 merupakan gabungan beberapa syarikat rakaman tempatan. Misi utama penubuhan IRAMA adalah untuk memperjuangkan ekonomi ahli ahlinya yang terdiri dari karyawan seni muzik Malaysia. Selain itu IRAMA turut merangka projek - projek yang dijalankan bersama setiap ahlinya bagi memastikan suara karyawan muzik Malaysia tidak ketinggalan dan sentiasa releven,

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.