TIDUR LEBIH LENA DENGAN RANGKAIAN SPA CEYLON LUXURY AYURVEDA


Ayurveda merupakan satu kaedah sistem penyembuhan secara holistik yang tertua didunia. Ianya tidak ada sebarang kaitan rapat dengan agama atau bangsa tertentu seperti yang sering dianggap oleh masyarakat hari ini. Perkataan 'Ayurveda' itu berasal Sanskrit. Ayur bererti kehidupan sementara Veda pula membawa maksud ilmu pengetahuan atau sains.

Ayurveda merupakan pendekatan secara holistik yang merawat akar penyebab sesuatu penyakit di dalam badan dan minda. Sama seperti ubat-ubatan dalam kaedah perubatan moden hari ini, Ayurveda adalah sistem penyembuhan secara holistik yang patut diamalkan oleh sesiapa sahaja demi memastikan tahap kesihatan mereka terjamin baik dari dalam mahupun luaran juga termasuk dalam soal penampilan diri dan kecantikan.


Konsep asas Ayurveda yang perlu difahami adalah setiap ciptaan semulajadi dihasilkan daripada lima elemen asas iaitu tanah, air, api, udara dan ruang. Rawatan Ayurveda dibebaskan berdasarkan corak rekabentuk tenaga atau lebih dikenali dengan istilah 'Dosha' yang dimiliki oleh setiap individu. 'Dosha' setiap individu adalah berbeza dan dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan utama iaitu Vatha, Pitha dan Kapha. Ketiga- tiga elemen ini wujud dalam pelbagai tahap di dalam diri kita dan melalui keseimbangan ketiga-tiga elemen Dosha ini, kesejahteraan fizikal dan mental seseorang indivitu itu dapat ditentukan.


5 elemen asas Ayurveda yang terdiri dari udara, ruang, api,air dan tanah dibahagi kepada 3 corak tenaga utama, dikenali dengan istilah Dosha yang wujud dalam setiap peringkat diri setiap individu

RASAI NIKMAT TIDUR LENA DAN BERKUALITI


Dengan tekanan yang dihadapi sepanjang hari di pejabat, pastinya kita memerlukan waktu rehat yang cukup serta tenang tanpa sebarang gangguan sewaktu berada dirumah. Tidur yang cukup dapat mengembalikan semula aura dan tenaga yang hilang sewaktu bekerja di siang harinya. Rangkaian Spa Ceylon Sleep Intense dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lena setiap malam.


Rangkaian produk-produk ini merupakan gabungan herba Ayurveda yang menyegarkan dan menyejukkan bersama minyak pati yang kuat bagi menggalakkan corak tidur yang nyenyak.


Aroma Neroli Blossom yang menyegarkan dapat membantu melegakan tekanan harian lalu melegakan tubuh untuk bersedia tidur. Sementara itu aroma Ylang Ylang yang eksotik dapat menenagkan minda dan badan. Aroma Lavender oriental pula sememangnya telah diketahui khasiatnya dalam membantu menenangkan deria dan menolong tidur yang lena dan tenang.


Sementara itu, Fresh Organic Aloe Vera membantu menghidratkan kulit dan Witch Hazel pula membantu mempertingkatkankesihatan kulit secara keseluruhan.



SLEEP INTENSE - DREAM ESSENCE MIST


Cara Penggunaan:

Sembur ke seluruh tubuh, bantal dan cadar. Untuk kesan yang optimum, lakukannya selepas mandi dan sebelum tidur.


SLEEP INTENSE - DREAM BALM

Cara Penggunaan:

Sapukan balm secara perlahan-lahan pada bahagian belakang telinga, belakang leher serta pergelangan tangan. Untuk kesan optimum, sapu sebelum tidur