JANGAN 'TEMBERANG' AYDA JEBAT!


Ayda Jebat kini kembali dengan single hangat berjudul 'Temberang'. Menurut Ayda single terbaharunya itu adalah hasil kerjasamanya bersama Hael Husaini dan Ezra Kong mencipta sebuah lagu berentak pop moden dengan dangdut ditambah dengan rentak timur tengah.


"Idea menyatukan semua elemen muzik ini adalah untuk mengetengahkan muzik asli melayu tetapi diserikan dengan sentuhan muzik pop antarabangsa", ujar Ayda Jebat.


"Pada zaman kini, kita sering berdepan dengan orang yang suka tikam dari belakang, tidak berkata benar, senang kata orang yang suka 'Temberang'. Melalui lagu ini, Ayda mengetengahkan nilai kejujuran dan ketulusan dalam kehidupan", tambah Ayda Jebat sewaktu ditanyakan berkenaan single terbaharunya pada program Hotlink FB Live yang diadakan semalam di Nicsmaan by Lewre yang terletak di dalam pusat membeli belah The Starling, Petaling Jaya.


Video muzik 'Temberang' diserikan dengan kekuatan warna, tariandan idea moden inspirasi video muzik K-Pop, seiring dengan video muzik Ayda Jebat terdahulu. Pembikinan video musik 'Temberang' dihasilkan khas dengan koloborasi bersama Hotlink, Mudah dan Gintell.


Video muzik rasmi 'Temberang' akan dimuatnaik ke saluran Youtube Ayda Jebat pada jam 9 malam, 21 Disember 2018 dan seterusnya berada di semua platform digital muzik bermula 28 Disember 2018.


Lagu 'Temberang' ini adalah sebuah produk XENO Entertainment yang juga sebelum ini dikenali sebagai Paranormal Records dan diedarkan oleh Sony Music Malaysia. |MYBUZZ!

Tajuk : Temberang Artis : Ayda Jebat Komposer : Hael Hussaini, Ezra Kong & Ayda Jebat Lirik : Hael Hussaini, Ezra Kong & Ayda Jebat

Duh Aduh Aduh

Aduh Aduh Abang

Aduh Aduh

Aduh Aduh Jangan

Aduh Aduh Engkau Temberang

Duh Aduh Aduh

Aduh Aduh Sayang

Aduh Aduh Silap Besar Abang

Aduh Aduh Kalau Kau Temberang

Bilang Padaku

Apa Kau Mahu

Mahu Diriku

Dekat-Dekat Tapi Engkau Malu

Katakan Saja

Ku Yang Kau Punya

Janji Bahagia

Jangan Biar Tunggu Lama-Lama

Kerna Ku Mahu Kau

Selamanya Untukku

Katakan Engkau Mahu

Duh Aduh Aduh

Aduh Aduh Abang

Aduh Aduh

Aduh Aduh Jangan

Aduh Aduh Engkau Temberang

Duh Aduh Aduh

Aduh Aduh Sayang

Aduh Aduh Silap Besar Abang

Aduh Aduh Kalau Kau Temberang

Hadir Dirimu

Dalam Hidupku

Biar???

Malam Malam Ku Mimpikan Kamu

Kerna Ku Mahu Kau

Selamanya Untukku

Katakan Engkau Mahu

Duh Aduh Aduh

Aduh Aduh Abang

Aduh Aduh

Aduh Aduh Jangan

Aduh Aduh Engkau Temberang

Duh Aduh Aduh

Aduh Aduh Sayang

Aduh Aduh Silap Besar Abang

Aduh Aduh Kalau Kau Temberang

Duh Aduh Aduh

Aduh Aduh Abang

Aduh Aduh

Aduh Aduh Jangan

Aduh Aduh Engkau Temberang

Aku Tahu Kau Suka

Kerna Aku Juga Sama

Jangan Kau Temberang

Aku Tahu Kau Suka

Kerna Aku Juga Sama

Jangan Kau Temberang

Jangan Kau Temberang

Jangan Kau Temberang

Jangan Kau Temberang

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.