PROGRAM RAUDHAH DAN GAYA HIDUP MUSIM TERBAHARU 2019 DI TV3

December 30, 2018

Menjelang tahun baharu 2019 kurang beberapa hari lagi, TV3 menyediakan pelbagai program menarik yang padat dengan informasi khas untuk tatapan penonton setia kami. Mulai 31 Disember ini, program signatur Tanyalah Ustaz yang dahulunya bersiaran di TV9 kini bakal bersiaran setiap hari, jam 6.30 pagi di TV3. Program satu setengah jam ini akan merungkai permasalahan anda dengan panel jemputan yang pakar dalam tajuk yang ditetapkan. 

 

Tidak ketinggalan rancangan yang memaparkan detik perubahan personaliti-personaliti jemputan yang kininya menjalani kehidupan yang lebih sempurna sebagai seorang muslim, Al-Hidayah bakal memasuki musim terbaharunya mulai 8 Januari nanti, setiap hari Jumaat, jam 1.00 tengah hari. Antara personaliti yang akan berkongsi titik perubahan mereka adalah Da’i Adam, Adam Corrie, Ardell Aryana, Siti Sarah Raisuddin, Nora Ariffin dan ramai lagi.

 

Tambah juga pengetahuan ilmu Islam anda dengan menonton program Al-Kulliyah yang membariskan penceramah terkenal seperti Datuk Ustaz Kazim Elyas, Ustaz Ebit Lew, Dato’ Badli Shah dan ramai lagi mulai 18 Januari setiap hari Jumaat jam 6.00 petang. Semestinya, program Raudhah di TV3 memberi anda pencerahan dan ilmu yang dapat menjadikan kehidupan anda sebagai seorang muslim yang lebih baik. 

 

Tidak kurang juga, untuk tahun 2019 nanti TV3 turut mempunyai seleksi program gaya hidup menarik untuk tontonan seisi keluarga iaitu, Aroma Tradisi dan Jalan-Jalan Cari Makan musim terbaharu. Aroma Tradisi edisi 2019 bakal dihoskan oleh Adzriefaiz Adzlan mulai 1 Januari, setiap Selasa jam 11.30 pagi dan bakal menampilkan personaliti dan juga selebriti terkenal seperti YB Mat Sabu, YB Steven Sim, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Aprena Menrose dan ramai lagi. 

 

Siri baharu rancangan travelog makanan paling popular di Malaysia iaitu Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) pula akan bersiaran mulai 6 Januari, setiap Ahad, jam 11.30 pagi. JJCM masih mengekalkan Nazrudin Habibur Rahman (Naz Rahman) sebagai Hos sesuai dengan kepetahannya mengulas tentang makanan. 

 

Terima kasih atas sokongan anda dan teruskan menonton TV3 di tahun 2019 untuk pelbagai lagi rancangan menarik yang penuh informasi dan menghiburkan. Inginkan informasi lanjut mengenai kesemua rancangan ini? Jangan lupa untuk muat turun aplikasi Raudhah dan juga JJCM di Apps Store dan juga Play Store. Semua rancangan ini juga boleh di tonton di Youtube TV3Malaysia dan portal video tonton www.tonton.com.my. Berikut adalah maklumat lanjut program Raudhah dan Gaya Hidup di TV3.

 

Program: Tanyalah Ustaz

Waktu Siaran: Mulai 31 Disember, Setiap hari (Isnin - Ahad), 6.30 pagi

 

Rancangan interaktif secara langsung ini bakal membincangkan soal jawab agama berkaitan feqah, akidah, munakahat, tasawuf, sirah, hadis dan tafsir Al-Quran. Setiap episod akan menampilkan seorang Da'i daripada program Da'i TV3 sebagai hos antaranya ialah Da’i Annas, Da’i Hakim, Da’i Hilman, Da’i Azrin, Da’I Niezal, Da’i Aiman, Da’i Luqman, Da’i Hadhari dan Da’i Fahmi. Musim terbaharu ini bakal menampilkan Ustaz jemputan yang pakar dalam tajuk yang telah ditetapkan seperti Datuk Ustaz Kazim Elyas, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Elyas Ismail, Ustaz Dr. Kamilin Jamilin, Dr. Farid Ravi, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Zarifi Daud, Dr. Danial Zainal Abidin dan ramai lagi.  Bersesuaian dengan taglinenya, “Biar tahu Jangan Keliru”, penonton di rumah juga bukan sahaja boleh bertanyakan soalan melalui panggilan telefon, aplikasi Whatsapp dan juga di media sosial Facebook - Tanyalah Ustaz TV3

 

 

 

Program: Al-Hidayah
Waktu Siaran: Mulai 4 Januari, setiap Jumaat, 1.00 tengah hari

 

Al-Hidayah adalah satu siri program yang mengetengahkan personaliti-personaliti yang kini telah mendapat hidayah untuk istiqamah dalam menjalani kehidupan mereka sebagai muslim yang baik. Jika dulu mereka tergelincir dalam kehidupan, kini mereka insaf dan bakal berkongsi kisah kehidupan mereka pada masa lalu, detik perubahan serta kehidupan mereka kini. Antara responden Al-Hidayah musim baharu ini adalah Da’i Adam, Ardell Aryana, Chef Sabri, Radhi OAG, Adam Corrie, Dato Ziela Jalil, Siti Sarah Raisuddin, Nora Ariffin dan ramai lagi.

 

 

 

Program: Al-Kuliyyah
Waktu Siaran: Mulai 18 Januari, setiap hari Jumaat, jam 6.00 petang

 

Seperti tajuknya, Al-Kuliyyah membawakan kuliah-kuliah dari masjid bersama para tokoh-tokoh ustaz yang yang disenangi dan sentiasa mendapat permintaan dari penonton. Pelbagai tajuk berkaitan agama akan dikupas oleh mereka dengan santai sebagai santapan minda di waktu petang sesuai dengan waktu siarannya setiap Jumaat, 6 petang. Al-Kulliyah musim baharu ini membariskan tokoh terkenal seperti Datuk Ustaz Kazim Elyas, Ustaz Mohd Elyas Ismail, Dato’ Badli Shah, Dr. Mohd Farid Ravi, Ustaz Ebit Lew, Ustaz Wadi Anuar, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Zul Ramli, Ustaz Jafri Abu Bakar, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Dato’ Dr Mohd Izhar Arif, Da’i Fuad, Da’i Farhan dan Ustaz Asyraf

 Program: Aroma Tradisi
Waktu Siaran: Mulai 1 Januari, Setiap hari Selasa, jam 11.30 pagi


Program Aroma Tradisi kini kembali bersiaran pada tahun 2019. Menampilkan hos baharu iaitu Adzriefaiz, Aroma Tradisi musim baharu ini akan menerokai keunikan makanan yang terdapat di sesebuah negeri tersebut sambil mempelajari keistimewaan dari segi sejarah ekonomi, geografi dan sosial budayanya. Aroma Tradisi bukan sahaja melawat kenalan artis di antaranya Shiha Zikir, Johan Ashaari, Shila Amzah dan Hazama, malahan turut mengunjungi beberapa kenalan VIP seperti YB Mat Sabu dan YB Steven Sim bersama orang-orang kampung untuk sama-sama menyediakan hidangan yang menjadi tradisi di tempat mereka.

 

Program: Jalan-Jalan Cari Makan
Waktu Siaran: Mulai 6 Januari, setiap Ahad, jam 11.30 pagi

 

Malaysia bukan sahaja terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan oleh pelancong luar kerana keindahan dan kecantikannya, keunikan dan kelazatan pelbagai jenis masakan dan makanan turut menjadi salah satu faktor penarik. Siri travelog makanan paling popular di Malaysia, Jalan Jalan Cari Makan (JJCM)  yang akan membantu menyelesaikan permasalahan anda yang sukar memilih kedai ataupun restoran yang menyediakan makanan lazat dan menarik. JJCM masih lagi mengekalkan Naz Rahman selaku hos rancangan ini.  Buat pencinta makanan di luar sana, jangan lupa untuk muat turun aplikasi Jalan Jalan Cari Makan di Apps Store ataupun Play Store untuk mendapatkan info-info menarik dan juga sebagai rujukan mengenai tempat-tempat makan menarik yang pernah dikunjungi produksi Jalan Jalan Cari Makan

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.