PROGRAM RAUDHAH DAN GAYA HIDUP MUSIM TERBAHARU 2019 DI TV3

Menjelang tahun baharu 2019 kurang beberapa hari lagi, TV3 menyediakan pelbagai program menarik yang padat dengan informasi khas untuk tatapan penonton setia kami. Mulai 31 Disember ini, program signatur Tanyalah Ustaz yang dahulunya bersiaran di TV9 kini bakal bersiaran setiap hari, jam 6.30 pagi di TV3. Program satu setengah jam ini akan merungkai permasalahan anda dengan panel jemputan yang pakar dalam tajuk yang ditetapkan.


Tidak ketinggalan rancangan yang memaparkan detik perubahan personaliti-personaliti jemputan yang kininya menjalani kehidupan yang lebih sempurna sebagai seorang muslim, Al-Hidayah bakal memasuki musim terbaharunya mulai 8 Januari nanti, setiap hari Jumaat, jam 1.00 tengah hari. Antara personaliti yang akan berkongsi titik perubahan mereka adalah Da’i Adam, Adam Corrie, Ardell Aryana, Siti Sarah Raisuddin, Nora Ariffin dan ramai lagi.


Tambah juga pengetahuan ilmu Islam anda dengan menonton program Al-Kulliyah yang membariskan penceramah terkenal seperti Datuk Ustaz Kazim Elyas, Ustaz Ebit Lew, Dato’ Badli Shah dan ramai lagi mulai 18 Januari setiap hari Jumaat jam 6.00 petang. Semestinya, program Raudhah di TV3 memberi anda pencerahan dan ilmu yang dapat menjadikan kehidupan anda sebagai seorang muslim yang lebih baik.


Tidak kurang juga, untuk tahun 2019 nanti TV3 turut mempunyai seleksi program gaya hidup menarik untuk tontonan seisi keluarga iaitu, Aroma Tradisi dan Jalan-Jalan Cari Makan musim terbaharu. Aroma Tradisi edisi 2019 bakal dihoskan oleh Adzriefaiz Adzlan mulai 1 Januari, setiap Selasa jam 11.30 pagi dan bakal menampilkan personaliti dan juga selebriti terkenal seperti YB Mat Sabu, YB Steven Sim, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Aprena Menrose dan ramai lagi.


Siri baharu rancangan travelog makanan paling popular di Malaysia iaitu Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) pula akan bersiaran mulai 6 Januari, setiap Ahad, jam 11.30 pagi. JJCM masih mengekalkan Nazrudin Habibur Rahman (Naz Rahman) sebagai Hos sesuai dengan kepetahannya mengulas tentang makanan.


Terima kasih atas sokongan anda dan teruskan menonton TV3 di tahun 2019 untuk pelbagai lagi rancangan menarik yang penuh informasi dan menghiburkan. Inginkan informasi lanjut mengenai kesemua rancangan ini? Jangan lupa untuk muat turun aplikasi Raudhah dan juga JJCM di Apps Store dan juga Play Store. Semua rancangan ini juga boleh di tonton di Youtube TV3Malaysia dan portal video tonton www.tonton.com.my. Berikut adalah maklumat lanjut program Raudhah dan Gaya Hidup di TV3.

Program: Tanyalah Ustaz

Waktu Siaran: Mulai 31 Disember, Setiap hari (Isnin - Ahad), 6.30 pagi


Rancangan interaktif secara langsung ini bakal membincangkan soal jawab agama berkaitan feqah, akidah, munakahat, tasawuf, sirah, hadis dan tafsir Al-Quran. Setiap episod akan menampilkan seorang Da'i daripada program Da'i TV3 sebagai hos antaranya ialah Da’i Annas, Da’i Hakim, Da’i Hilman, Da’i Azrin, Da’I Niezal, Da’i Aiman, Da’i Luqman, Da’i Hadhari dan Da’i Fahmi. Musim terbaharu ini bakal menampilkan Ustaz jemputan yang pakar dalam tajuk yang telah ditetapkan seperti Datuk Ustaz Kazim Elyas, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Elyas Ismail, Ustaz Dr. Kamilin Jamilin, Dr. Farid Ravi, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Zarifi Daud, Dr. Danial Zainal Abidin dan ramai lagi. Bersesuaian dengan taglinenya, “Biar tahu Jangan Keliru”, penonton di rumah juga bukan sahaja boleh bertanyakan soalan melalui panggilan telefon, aplikasi Whatsapp dan juga di media sosial Facebook - Tanyalah Ustaz TV3


Program: Al-Hidayah Waktu Siaran: Mulai 4 Januari, setiap Jumaat, 1.00 tengah hari


Al-Hidayah adalah satu siri program yang mengetengahkan personaliti-personaliti yang kini telah mendapat hidayah untuk istiqamah dalam menjalani kehidupan mereka sebagai muslim yang baik. Jika dulu mereka tergelincir dalam kehidupan, kini mereka insaf dan bakal berkongsi kisah kehidupan mereka pada masa lalu, detik perubahan serta kehidupan mereka kini. Antara responden Al-Hidayah musim baharu ini adalah Da’i Adam, Ardell Aryana, Chef Sabri, Radhi OAG, Adam Corrie, Dato Ziela Jalil, Siti Sarah Raisuddin, Nora Ariffin dan ramai lagi.


Pr