IRAMA BANTU SYARIKAT RAKAMAN DAN PENYANYI LANCAR 12 SINGLE ALBUM

December 31, 2018

Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia atau lebih dikenali dengan Konsortium IRAMA baru baru ini telah berkerjasama dengan dua syarikat rakaman tempatan dengan  mengadakan satu majlis sidang media dan pelancaran 12 album single untuk 12 penyanyi baharu dan lama di dalam satu majlis yang dikenali sebagai "BLOODBOOSTER ROCKnROLL MUSIC 2018". Majlis tersebut turut mendapat kerjasama dari Urusetia Uptown Puchong Permai selaku penaja lokasi bagi majlis berkenaan.

 

Dalam majlis tersebut sebanyak 12  single terbaharu dari 12 penyanyi diperdengarkan kepada wakil media yang hadir antaranya; Amin Shukri, Juna Juri, Farid Anuar, Amy, Ainz, Pijoy, Ameringgo,4-NO-T, Joy Oren, Nayp Band, Sinopsis Band serta Dominant Band. Rosli Mohalim yang merupakan gitaris kepada Kumpulan Sweet Charity turut hadir bagi memeriahkan acara pada petang itu.

 

 Sekitar majlis sidang media dan pelancaran 12 single album "Bloodbooster Rock N Roll Music 2018"

 

Menurut Presiden IRAMA, Encik Ayob Abdul Majid visi dan misi Konsortium IRAMA adalah jelas dan nyata."Kami di IRAMA sedaya upaya membantu setiap ahli-ahli kami dalam merealisasikan karya-karya mereka untuk di keudarakan di media penyiaran dan elektronik tanpa sebarang alasan munasabah. Selain itu IRAMA turut berusaha untuk membantu ahli-ahli menjana pendapatan di dalam bidang rakaman digital dan persembahan selain turut membantu ahli-ahli dalam sudut ekonomi dan kebajikan." ujar Ayob lagi.

 

Sementera itu, menurut Setiausaha Konsortium IRAMA, Encik Ramlee Tarjis, majlis pelancaran ini diadakan bagi menyatukan bakat bakat lama dan baharu yang telah melahirkan single baharu tetapi menghadapi kesukaran untuk mempromosikan single mereka kepada pihak media disebabkan faktor kekangan kewangan.

 

Untuk tahun 2019, pihak IRAMA telah merangka satu pakej khusus buat penyanyi rakaman yang berdaftar sebagai ahli irama dimana untuk setiap single baharu, ahli cuma perlu membayar sejumlah RM 4 ribu sahaja bagi tujuan promosi. Menurut Ayob lagi, oleh kerana kos promosi yang semakin meningkat, IRAMA cuba tampil membantu sebagai orang tengah yang menjalankan rangka kerja promosi bagi pihak artis rakaman terbabit dengan pihak penyiaran.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Zaihasri Jaafar selaku Timbalan Ketua Cabang PKR Puchong sekaligus bertindak  merasmikan majlis tersebut. Untuk pertanyaan lanjut berhubung pakej, sila hubungi IRAMA ditalian 03-2602 1153 atau emelkan kepada konsortiumirama@gmail.com |MYBUZZ!

 Kiri Atas: Album single 12 penyanyi solo dan kumpulan,  pendatang baharu Amin Shukri serta Sinopsis Band

Kiri Bawah: Dominant Band, Pijoy, Ainz, Joy Oren, Farid Anuar, Juna Juri, Amy dan Nayp Band

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.