'MENANTI CINTA' SOPHIA FREDSKILD


Namanya mungkin kelihatan asing di dalam industri muzik Maalysia, tetapi bakatnya sudah bisa untuk mencuri perhatian mereka yang menghargai penampilan seni muzik berkualiti. Diberkati dengan penampilan yang cantik dan suara yang indah untuk dipadankan, Sophia Fredskild mengambil langkah awal masuk ke arena hiburan Malaysia dengan single bahasa Melayu sulungnya berjudul 'Menanti Cinta '

Lagu tersebut merupakan ciptaan bersama Shazee Ishak, SB Othman dan dirinya sendiri, merupakan pengenalan buat dirinya memasuki arena muzik tempatan untuk dikenali sebagai penyanyi berbakat dan juga penulis lagu.

Lagu Menanti Cinta dinyanyikan juga dalam versi bahasa Inggeris dengan judul 'Waiting For Love' yang juga merupakan hasil ciptaan Shazee dan Sophia.

Menurut Sophia, lagu ini adalah tentang menanti kehadiran orang yang tepat untuk masuk ke dalam hidup anda,tabah menghadapi segala ujian mendatang dan berharap untuk menemukan cinta sejati.

Fasih dalam bahasa Inggeris dan Denmark, Sophia mengakui bahawa dia kini sedang berusaha untuk memperbaiki kelancaran bahasa Melayunya. Pada usia 20 tahun, gadis cantik kacukan Melayu-Denmark ini sentiasa senentiasa memasang angan angan untuk berjaya dalam dunia seni sejak dia sangat muda lagi.

Tidak hairanlah jika Sophia sudah mampu menulis lagu pertamanya pada usia 13 tahun dan telah terlibat dalam beberapa peringkat produksi dan persembahan. Sophia dikhabarkan akan hadir dengan single berikutnya tidak lama lagi yang juga akan dikeluarkan dalam dua bahasa. Segala perkembang terkini Sophia, boleh didapati di laman sesawang http://www.sophiafredskild.com/


Tajuk : Menanti Cinta Artis : Sophia Fredskild Komposer : Shazee Ishak, SB Othman & Sophia Fredskild Lirik : Shazee Ishak, SB Othman & Sophia Fredskild



[Verse 1] Selama hidupku menanti kan mu Ku percaya pada cinta yang sebenarnya Kau ku impikan, kaulah yang satu Kaulah yang sempurna untuk ku

[Pre-Chorus] Dimasa aku hidup sendirian Selalu menjelma di dalam ingatan Tiap kali, ku bayang wajah mu Ku rasakan, cinta yang abadi

[Chorus] Di sini ku, menanti cinta Menanti cinta Dalam hidupku Di sini ku, menanti cinta Tetap menunggu Tetap menunggu Ku tetap percaya (Ku tetap, ku tetap, menanti cinta kamu) (Tetap, ku tetap, menanti, menanti kamu)

[Verse 2] Bila ku menangis sepi dan pilu Ku tahu ini hanya dugaan yang palsu Kau ku impikan, kaulah yang satu Ku percaya akan bertemu