SIMPAN RM25 ANDA UNTUK ANUGERAH JUARA LAGU 33!

January 4, 2019

Buat julung kalinya pihak produksi Anugerah Juara Lagu menjual tiketnya kepada pihak umum dengan harga serendah RM25. Anugerah Juara Lagu yang akan bersiaran langsung pada 3 Februari 2019 di Stadium Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu akan memulakan penjualan tiket secara atas talian melalui laman web www.myticket.asia bermula 7 Januari 2019. 

 

Menurut Pengurus Hiburan Primeworks Studio, Encik Muhammad Sufian Che Isa, “Ini merupakan kali pertama kami menjual tiket AJL kepada peminat. Dengan cara ini, semua peminat AJL33 akan mendapat peluang yang sama dalam mendapatkan tiket Anugerah Juara Lagu 33 secara atas talian. Oleh itu, kami menyeru kepada semua peminat untuk melayari www.myticket.asia pada 7 Januari 2019 ini dan dapatkan tiket anda segera sebelum tiket habis, kerana harga tiket AJL33 yang amat rendah ini pastinya ia akan habis terjual pada masa yang singkat. Terutamanya kerana ianya sebuah konsert dimana penyanyi-penyanyi popular masa kini berentap sesama mereka, harga tiket ini amat rendah jika dibandingkan dengan harga tiket konsert-konsert yang lain. ”

 

Anugerah Juara Lagu 33 mempunyai tiga jenis tiket dengan tiga harga berbeza iaitu Aras 4 (RM25), Aras 3 (RM35), dan Arena (RM55).  Pautan penjualan tiket ini akan dibuka bermula pada 7 Januari 2019 hingga 2 Februari 2019.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Juara Lagu 33, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia. Gunakan tanda pagar #ajl33 di laman media sosial anda untuk menghangatkan perbualan di medan digital.
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.