LAGU TAMIL FILEM PETTA LAKONAN SUPERSTAR RAJINIKANTH NYANYIAN 2 ORANG PENYANYI MELAYU

January 6, 2019

Selepas filem Kabali meraih lebih RM13 juta, produksi fiem syarikat Malik Streams Corporation telah membuka tirai 2019 dengan membawa kembali superstar filem tamil Rajinikanth menerusi filem PETTA ke Malaysia yang akan menemui anda di pawagam mulai 10 Januari 2019.

 

Syarikat pengedar filem hindi dan tamil terbesar di Malaysia baru-baru ini telah melancarkan lagu filem PETTA yang bertajuk ULLALA di Shangri La Hotel Kuala Lumpur. Tidak disangka-sangka lagu tamil Ullala dinyanyikan oleh penyanyi melayu tempatan iaitu Azwan dan Mu'adz.

 

 

 

Foto dari kiri Azwan, Mu'adz, Fazura dan Datuk Abdul Malik

 

 

Rezeki memihak kepada mereka berdua setelah berjaya menyampaikan lagu tamil bertajuk Azhagu sebelum ini telah mendapat tumpuan masyarakat sekaligus menyakinkan produksi untuk mempelawa mereka berdua menyanyikan lagu filem  PETTA yang dibintangi oleh superstar Rajinikanth.

 

'Sebenarnya lagu Ullala atau lagu tamil ini susah untuk menyanyikan kerana setiap bait lirik lagu perlu didendangkan dengan sebutan yang betul supaya tidak lari maksud lagu yang akan disampaikan......'' Kata mereka berdua , Azwan dan Mu'adz.

 

 

 Turut hadir ke sidang media tersebut ialah Datuk Abdul Malik Dasthigeer, Pengasas Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Azwan, Muadz dan Fazura selaku artis jemputan.

 

 

Azwan dan Mu'adz telah mula merakamkan lagu ini sejak bulan disember yang lalu dengan tunjuk ajar berterusan oleh Yuwaji iaitu seorang pelatih penyanyi, penulis lirik dan skrip terkenal serta selaku pengurus projek.

 

''Lagu ini pasti akan dibawa untuk didengari sendiri oleh superstar Rajinikanth.....' Ujar Datuk Abdul Malik.

 

 

Bagi terus mempromosikan Filem PETTA, pihak produksi turut mengadakan car roadshow dengan menampalkan promo sticker filem PETTA di badan kereta mewah dan juga di trak. Mereka telah mengadakan konvoi beramai-ramai bagi memberi hebahan kepada masyarakat mengenai filem ini.

 

 

Di samping itu juga, PETTA Tik Tok Challenge turut diadakan dan orang ramai jemput menyertainya dan sekiranya berjaya terpilih, mereka boleh memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan oleh pihak penganjur. 

 

Syarikat turut merancang membawa filem PETTA di acara Guinness Book of Record Attempt Largest Movie Poster on a Scaffholding di Kuala Lumpur.

 

Filem PETTA merupakan filem tamil aksi yang digarap dan diarahkan oleh Karthik Subbaraj melalui Kalanithi Maran (Sun Pictures). Dibintangi oleh Rajinikanth, Vijay Sethupathi, Simran, Trisha, M. Sasikumar, Nawazuddin dan ramai lagi. Lagu-lagu di dalam filem ini turut dihasilkan oleh Anirudh Ravichander. Filem ini turut diraikan sempena perayaan Ponggal yang disambut oleh penganut agama hindu di seluruh dunia. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.