DAPATKAN TIKET ANDA KE MALAM BUDI BERSAMA BINTANG


Karyawan dan Yayasan Budi bakal menganjurkan satu majlis makan malam gilang-gemilang yang bakal menampilkan persembahan hebat dari beberapa artis tanahair yang diberi nama ”Malam Budi Bersama Bintang” pada 20 Januari 2019 (Ahad) jam 8.00 Malam bertempat di WOW, Matic, Kuala Lumpur.


Menampilkan Juara Gegar Vaganza 4, Aishah serta artis lagenda Datin Paduka Julie Sudiro dan Datuk Yusni Hamid, Salimah Mahmood, Rozita Rohaizad, A Rozaini serta bakal dihoskan oleh Helmi Gimmick yang pastinya akan menjadikan persembahan malam tersebut bakal diingati dan menghiburkan semua hadirin. Objektif utama Majlis Makan Malam ini ialah bagi mengutip dana yang bakal digunakan bagi menampung kos operasi serta tabung kebajikan Persatuan.


Jualan Meja berharga RM10,000, RM5,000, RM3,000, RM2,000 serta tiket perseorangan berharga RM250 boleh didapati dengan menghubungi 012-2071400 / 014-7176276. MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts