TELEKUNG SITI KHADIJAH SAMBUT ULANGTAHUN KE-10


Peneraju telekung berinovasi di Malaysia, telekung Siti Khadijah mengorak selangkah kehadapan apabila tahun 2019 merupakan ulangtahun ke-10 penubuhannya. Sempena ulangtahun Siti Khadijah, pelbagai program dan aktiviti yang bakal diperkenalkan oleh #TeamSK bagi menghargai para penggemar telekung Siti Khadijah yang bergelar #FamilySK . Bagi tahun 2019 , tema yang dipilih oleh #TeamSK ialah 'kesetiaan’, sejajar dengan sokongan daripada #FamilySK sejak tahun 2019.


Dahsedekad.com merupakan laman sesawang mini pertama yang julung kali dilancarkan oleh #TeamSK istimewa sempena ulangtahun Siti Khadijah . Ianya telah dilancarkan pada 4 Januari 2019. Dahsedekad.com merangkumi segala aktiviti dan informasi berkaitan Siti Khadijah yang sudah meluaskan empayar perniagaan selama 10 tahun. Segala cerita dalam membangunkan produk SK dan penat lelah yang dilalui akan dipaparkan di dahsedekad.com kepada masyarakat.


Laman sesawang mini pertama SK ini juga akan menerapkan cerita di sebalik penghasilan telekung SK secara teknikal yang tidak pernah dikongsikan kepada #FamilySK sebelum ini la juga akan membawa kepada perkongsian tentang insan yang bekerja keras di sebalik penubuhan perniagaan Siti Khadijah . Bermula Januari 2019 , selama 4 bulan #TeamSK akan mengemaskini segala aktiviti/event SK di laman sesawang mini SK ini. Bertepatan dengan ulangtahun ke-10 SK, laman sesawang mini ini juga ingin mengupas tentang penglibatan SK yang telah menyumbang kepada ekonomi negara dan masyarakat melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dijalankan sepanjang 10 tahun Siti Khadijah.


Selain itu, Siti Khadijah juga melancarkan logo baru sempena ulangtahun ke-10 SK. Logo baru itu simbolik dengan perjalanan Siti Khadijah dari awal penubuhan SK sehingga sekarang.


Ikuti coretan perjalanan SK yang bermula dari tahun 2009 hingga kini, pelbagai program korporat sosial yang dijalankan, dan melalui laman web mini ini dapatlah peminat SK mengenali Pengasas Siti Khadijiah, Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman dengan lebih dekat hanya di laman sesawang mini Dahsedekad.com.


“Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah 10 tahun SK berada di industri ini. Saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana masyarakat yang saya gelarkan