AJL33 | HANYA YANG TERBAIK BAKAL DIJULANG!

January 19, 2019

12 lagu bakal berentap untuk dinobatkan sebagai lagu terbaik 2018 di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33). Bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari 2019 (Ahad) pukul 9 malam, hanya satu lagu yang akan bersinar.
 

AJL 33 mengekalkan gandingan hos Sherry Al Hadad dan Alif Satar yang tidak pernah mengecewakan penonton dengan gelagat mereka yang sangat bersahaja. Di samping itu, malam anugerah akan dimeriahkan lagi dengan persembahan dari kumpulan Search, artis-artis genre hip-hop tanah air dan BBNU; Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Nabila Razali.

 

Berlainan dari tahun-tahun sebelum ini, tiket AJL33 dijual kepada pihak umum secara atas talian melalui laman sesawang www.myticket.asia bermula pada tarikh jualan 7 Januari 2019. Harga jualan tiket bermula daripada RM25 (aras 4), RM35 (aras 3) dan RM55 (arena).

 

“Tiket telah laris dijual dalam masa hanya beberapa jam! Tetapi penonton masih lagi boleh mendapatkan tiket Aras 4 kerana tiket lain sudah pun habis dijual. Ini membuktikan bahawa Anugerah Juara Lagu masih relevan pada industri muzik tanah air dan sangat dinantikan oleh para peminat. Seperti mana yang diketahui ramai, AJL bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para pemuzik tanah air yang merangkumi composer, penulis lirik dan juga penyanyi. AJL sentiasa mencipta bintang ternama dan para pemenang AJL sebelum ini seperti Search, Yassin, M.Nasir, Siti Nurhaliza dan ramai lagi terpahat di hati rakyat Malaysia.” kata Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

 

Anugerah penuh berprestij ini menampilkan SAMSUNG GALAXY A9 – Pertama Di Dunia, Telefon Pintar Kamera Kuad dan KFC - Sedap Sehingga Menjilat Jari sebagai penaja bersama. Samsung juga akan menyumbangkan hadiah bagi kategori Persembahan Terbaik.

 

Finalis AJL Edisi 33. Siapa bakal dijulang? Semua bakal terjawab pada 3 Februari 2019 

 

PRELUDE AJL 33
Samsung Galaxy A9 akan mengadakan satu peraduan yang memberi peluang kepada para peminat industri muzik tanah air untuk beramah mesra dan berinteraksi bersama artis kegemaran mereka. Pada 26 Januari 2019 (Sabtu), Prelude AJL 33, showcase yang bakal merancakkan debaran Anugerah Juara Lagu ini akan berlangsung di KL Live pada pukul 8.30 malam. Menangi empat fun tiket eksklusif ke Prelude AJL 33 dengan memuat naik gambar huruf ‘A’ paling kreatif disertakan kapsyen menarik dan tanda pagar #GalaxyA9 dan tag @samsungmalaysia dan @tv3malaysia. Hantar penyertaan anda di ruang komen pengumuman peraduan Prelude AJL 33 di Facebook TV3Malaysia. Peraduan bermula dari 17hb dan akan berakhir pada 22hb Januari. Seramai 125 pemenang bertuah berpeluang untuk beramah mesra bersama artis kegemaran mereka dan saksikan mereka melakukan persembahan secara langsung! Prelude AJL 33 boleh ditonton secara langsung di laman YouTube dan Facebook TV3Malaysia. Prelude AJL 33 dihoskan oleh Haziq Hussni, Nana Mahazan dan Aaron Al Fateh menampilkan Syamel, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Amylea X Kaer, Sufian Suhaimi, Zaaim Mentor, Ismail Izzani dan Nabila Razali. 

 

AJL 33 IDOL
Ini peluang anda untuk memenangi sepasang tiket Arena ke AJL33 bernilai RM110 dengan menyertai peraduan AJL 33 Idol! Mulai 26hb Januari (Sabtu) sehingga 31hb Januari (Khamis), nantikan klip video karaoke finalis AJL33 berdurasi 30 saat pada waktu yang telah ditentukan di TV3 atau strim TV3 di tonton setiap hari. Rakam diri anda menyanyikan lagu yang dipaparkan dan muat naik ke Instagram beserta #AJL33IDOL dengan segera. Hanya 20 penyertaan terawal bagi setiap lagu akan disenarai pendek untuk dipilih sebagai pemenang. Hanya satu pemenang akan dipilih untuk setiap lagu. Maklumat lanjut serta terma dan syarat peraduan boleh didapati di laman media sosial TV3Malaysia dan www.xtra.com.my.


DEBARAN AJL 33
Debaran AJL33 akan membawa para peminat Anugerah Juara Lagu di sebalik tabir malam berprestij industri muzik tanah air. Bersiaran langsung di TV3 pada 2 Februari, pukul 5:30 petang hingga 6:30 petang, Debaran AJL33 akan dihoskan oleh Haziq Hussni dan rancangan ini merangkumi segala aspek yang menggerakkan AJL seperti pemasangan pentas, persiapan pihak teknikal dan produksi serta perasaan finalis yang bakal membuat persembahan. 

 

KARPET MERAH AJL 33
Saksikan Karpet Merah AJL33 yang bakal bersiaran secara langsung di TV9 pada 8:30malam hingga 9:00malam dan akan dikendalikan oleh Kaka Azraff dan Shuk Sahar. Ikuti fesyen unik para finalis dan artis kegemaran anda pada malam kemuncak! Karpet Merah AJL33 turut boleh ditonton di YouTube TV9Malaysia, aplikasi Hot FM, media sosial Instagram Senang Terhibur dan di laman web atau aplikasi tonton. Liputan lanjut Karpet Merah AJL33 dari 9:00malam hingga 9:30malam akan disiarkan khas di YouTube TV9Malaysia.

XTRA
Portal XTRA membawakan segmen Live Chat selain Galeri Foto (LIVE) eksklusif yang akan ditempatkan di sekitar Axiata Arena. Berinteraksi dengan finalis AJL 33 kegemaran anda bermula 9 malam di www.xtra.com.my! Selain itu, saksikan kesemua klip persembahan beserta komentar pada malam anugerah di portal XTRA. Tambah menarik, AJL33 turut menawarkan peluang buat penonton mengundi kategori Persembahan Terbaik pada malam kemuncak. Undian yang akan dibuka bermula dari persembahan pertama finalis dan ditutup sebelum persembahan interlude itu akan menyumbang kepada 50% markah keseluruhan manakala baki 50% markah adalah daripada juri profesional. Undi persembahan terbaik di www.xtra.com.my/ajl33. 

 

BARANGAN EKSKLUSIF AJL33 
Dapatkan barangan eksklusif AJL33 seperti kemeja T berharga RM30 dan beg tote yang berharga RM20 di Axiata Arena pada malam anugerah! 

 

Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk saksikan AJL33 secara langsung di Axiata Arena, anda boleh saksikan AJL33 di YouTube TV3Malaysia dan juga di portal video tonton, www.tonton.com.my. AJL33 disokong oleh Geng Digital Xtra, SENANG TERHIBUR, Donna dan Dhia; serta Geng Radio Hot FM dan Kool FM. 

 

Layari dan dapatkan perkembangan semasa menerusi Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia serta laman portal XTRA, www.xtra.com.my untuk mendapatkan berita terkini. Gunakan hashtag #AJL33 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang anugerah ini di laman sosial.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.