SIAPA NAMA 12 SELEBRITI WANITA POPULAR MALAYSIA YANG MARK ADAM SELIT DALAM 'AMNESIA'?


Setelah kejayaan lagu Marry Me dan Si Katak, penyanyi, pelakon dan guru vokal Mark Adam tampil dengan single terbaharu yang berjudul ‘Amnesia’ pada 17 Januari 2019 baru-baru ini.


Kali terakhir Mark Adam, 38, mencipta lagu dan menulis lirik untuk diri sendiri adalah pada tahun 2016 melalui lagu 'Marry Me'.


Antara yang turut sama menyumbang dalam pembikinan Amnesia adalah Adeep Nahar dan Sahri Selamat dari Suara Academy. Menurut Mark Adam, proses menyiapkan lagu ini memakan masa selama 3 bulan dari penciptaan lagu, lirik dan rakaman sehingga siap untuk diterbitkan.


Lagu Amnesia berunsur ‘humor’ ini turut menyelitkan 12 nama artis wanita popular di Malaysia antaranya Sharifah Sakinah, Neelofa dan Izara Aishah.


Menurut Mark, lagu tersebut mengisahkan tentang seorang jejaka yang cuba mengingati nama gadis yang berjaya menawan hatinya, namun gagal.


Untuk kali ini, Mark Adam bekerjasama dengan syarikat rakaman Monkey Bone sebagai pengedar digital Amnesia.


Untuk memahami tentang Amnesia, sebuah muzik video berunsur komedi sudah sedia ditonton di saluran YouTube Monkey Bone. Idea untuk menjadikan video ini diterima penonton disampaikan oleh Mark Adam dengan baik sekali.


Amnesia boleh didengari di semua platform digital Spotify, Joox, Apple Music, iTunes, KKBox & Deezer.

Tajuk : Amnesia Artis : Mark Adam Komposer : Mark Adam & Sahri Selamat Lirik : Mark Adam & Mulah

Pappa...pappapa

Pappa...pappapa

Pappa...pappapa

Pappa...pappapa

Baru bersua namanya aku terlupa Khayal kerna mata Senyuman yang manis ku tergoda

Lembut bicara sopan santun anak dara Pandai berkata Tak ku dengar kerna ku terpaku

Ini lagu ku nyanyikan untukmu sayang Andai kau mendengar Ku tunggu di pintu pasar malam Berbaju putih seluar jeans warna hitam Tiada berteman Ku janji aku seorang

Oooh... mengapa terlupa? Bagaimana terlupa? Gadis secantikmu hidupku bermakna Oooh... kenapa ku terlupa? Bagaimana ku terlupa? Gadis secantikmu

Aida itukah namanya? Sofia atau Erra? Izzara atau Lofa? Bukan bukan bukan baby Sarah atau Sarimah? Fasha ataupun Jannah? Habis tu siapa si Afifah, Jehan Musa atau Sharifah Sakinah?

Bantulah bantu ku tak tau ku dah buntu Nama si gadis itu mula dengan 'E' atau 'U' Tolang lah tolong aku dah penat menolong Lidah dah bergulong Jangan sampai aku disorong

Oooh... mengapa terlupa? Bagaimana terlupa? Gadis secantikmu hidupku bermakna Oooh... kenapa ku terlupa? Bagaimana ku terlupa? Gadis secantikmu

Aida itukah namanya?

Sofia atau Erra?

Izzara atau Lofa?

Bukan bukan bukan baby

Sarah atau Sarimah?

Fasha ataupun Jannah?

Habis tu siapa si Afifah, Jehan Musa atau Sharifah Sakinah?

Aida itukah namanya? Sofia atau Erra? Izzara atau Lofa?

Maybe Sarah atau Sarimah Fasha ataupun Jannah Habis tu siapa si Afifah, Jihan Musa atau Sarifah Sakinah?

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.