TRANSAKSI TANPA TUNAI BOOST KINI DI WATSONS

January 19, 2019

 

 

Gaya hidup sibuk generasi baharu pengguna di Malaysia menjadikan trend transaksi tanpa tunai sangat menarik, terutamanya, apabila aplikasi e-dompet tempatan, Boost sudah boleh digunapakai di rangkaian Watsons seluruh negara.

 

Aplikasi e-wallet tempatan, Boost, minggu lalu mengumumkan bahawa setiap pengguna aplikasi tersebut kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah tanpa tunai di Watsons, peruncit barangan kecantikan dan kesihatan antarabangsa terbesar di dunia di lebih 450 lokasi di seluruh Malaysia.  

 

Usahasama  yang dinanti-nantikan ini bertujuan untuk menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk menjadi masyarakat tanpa tunai sementara menawarkan kemudahan dalam melakukan transaksi harian.

 

“Boost telah melihatkan peningkatan pengguna sebanyak lima kali ganda (5X) semenjak setahun yang lepas.  Kadar ini sangat menggalakkan dan harini kami mempunyai lebih 3.5 juta pengguna di Malaysia yang telah memilih untuk menggunakan aplikasi e-dompet kami,” kata Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Axiata Digital Services, syarikat induk  Boost.

 

“Pada masa yang sama, kami sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan jenama-jenama hebat seperti Watsons bagi menawarkan kemudahan dan pengalaman pelanggan yang lebih baik kepada pengguna yang ingin menikmati gaya hidup digital. Hari ini, Boost mempunyai lebih 60,000 peniaga di dalam dan luar talian seluruh negara di mana pengguna boleh menggunakan e-dompet Boost mereka,” tambah beliau. 


“Watsons berasa sangat teruja dengan usahasama dengan Boost untuk menawarkan pelanggan kami dengan kemudahan untuk berurusan di kesemua cawangan Watsons tanpa perlu bimbang tentang wang tunai ketikan pembayaran. Di samping itu, Boost juga boleh digunakan sebagai pilihan untuk membuat pembayaran di kedai atas talian Watsons,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.

 

Tambah beliau, “Sebagai peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia dan Asia, kami sentiasa berusaha untuk mengambil inisiatif bagi memperbaiki pengalaman pelanggan di Watsons termasuk di dalam talian.”

 

Disamping melancarkan usahasama ini, Boost dan Watsons turut mengumumkan ganjaran mata kesetiaan untuk pengguna dan pelanggan pada musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang. Dari 15 Januari hingga 4 Mac, pelanggan yang membeli-belah menggunakan aplikasi Boost di kedua-dua kedai Watsons dalam dan luar talian boleh mendapatkan 8x mata ganjaran Watsons pada musim perayaan ini. 

 


Ganjaran ini tidak termasuk pulangan tunai segera yang boleh dimenangi melalui ciri “Shake” aplikasi Boost yang dinikmati pengguna dengan setiap transaksi menggunakan e-dompet mereka. 


Boost merupakan aplikasi gaya hidup yang menawarkan penggunanya pelbagai perkhidmatan, pengguna boleh membeli tambah nilai prabayar dan baucar digital yang boleh dihadiahkan kepada teman dan keluaga tersayang, dan mereka juga boleh menghantar wang secara percuma dan aplikasi ini turut dibina dengan ciri unik yang membolehkan pengguna untuk membahagikan bil iaitu “Go Dutch”.


Tambahan itu, pengguna Boost juga boleh membuat pembayaran bil utiliti dan parkir di jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dan bukan itu sahaja - pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan ganjaran dengan pulangan wang tunai segera melalui ciri “Shake” aplikasi ini. 
Boost juga telah berjaya meraih kehadiran jenama yang utuh di Malaysia di lokasi kegemaran pengguna di negara ini seperti pasar malam, trak makanan, rangkaian-rangkaian restoran, pawagam dan platform membeli-belah atas talian. 

MENGENAI BOOST

 

Boost adalah merupakan aplikasi gaya hidup e-dompet (tanpa tunai) yang bertujuan untuk merevolusikan cara pengguna berurus niaga setiap hari. Menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital canggih, meningkatkan usaha untuk menjadikan transaksi lebih mudah, lebih cepat, lebih selamat & keseluruhan pengalaman yang lebih bermanfaat untuk pengguna.

 

Dilancarkan secara rasmi pada Januari 2017 sebagai platform yang mendigitalkan salah satu perkhidmatan teras telekomunikasi - cara pengguna prabayar meningkatkan kredit mudah alih mereka serta membolehkan pengguna melakukan transaksi bayaran melalui telefon bimbit mereka di lokasi yang mengambil bahagian tanpa sebarang kerumitan menggunakan tunai atau kad fizikal. Lebih daripada 3.5 juta pengguna Boost kini boleh membayar di lebih daripada 60,000 titik sentuhan di seluruh negara.

 

Ciri-ciri utama termasuk:

 

  • Tunai balik.

  • Membayar bil utiliti dengan rakan kongsi seperti Telekom Malaysia, Astro dan Syabas.

  • Membayar tempat letak kereta di Kuala Lumpur dan Kota Bharu.

  • Tempahan dan Beli pengangkutan awam di KLIA Ekspress, KTM, EzCab, CatchThatBus dan Firefly.

  • Ganjaran segera melalui ciri "Shake".

  • Derma tanpa tunai kepada beberapa organisasi #DoGoodwithBoost.

  • Membeli dan menawarkan baucar digital untuk peniaga dalam talian, kedai F & B, hiburan, kesihatan & kecantikan.

  • Pemisahan bil melalui ciri unik "Go Dutch".

  • Membeli isian semula kad prabayar.

  • Pemindahan wang percuma.

  • Penghantaran Makanan melalui DeliverEat.

 

Pengguna Android boleh memuat turun Boost dari Play Store sementara pengguna iOS boleh memuat turun dari App Store.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.myboost.com.my/ atau ikut Boost di

Facebook dan Instagram.
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.