SELAMAT TINGGAL CINTA, SELAMAT DATANG ‘CIKMAD’

January 20, 2019

 

Setelah 3 tahun menyepi dalam industri muzik tanahair, pelantun lagu ADA UNTUKMU yang pernah popular satu ketika dulu, kini hadir kembali dengan single terbaru, yang telah di lancarkan pada 12 November 2018. Nubhan atau nama sebenarnya AHMAD NUBHAN BIN AHAMAD mengakui merindukan karier yang terpaksa beliau tinggalkan sementara bagi masa depan keluarga.


“Saya terpaksa meninggalkan sebentar dunia hiburan kerana menumpukan perhatian kepada perniagaan saya kerana saya tidak mampu melakukan dua perkara dalam suatu masa.” Kata pemilik syarikat kosmetik Juwita Divine ini. Bercerita pasal single terbaru, kali terakhir muncul dengan single Kisah Kasih ciptaan Ajai tiga tahun lalu, penyanyi Nubhan kini tampil dengan single terbaru berjudul Selamat Jalan Cinta.


Menariknya, lagu ini merupakan ciptaan dan tulisan komposer juga penulis lirik baru, Merak Bersyair manakala lirik oleh oleh sahabatnya sendiri, Becky Zulkepli. “Lagu ini saya wakilkan suara hati individu yang pernah patah hati kerana saya faham perasaan anda itu. Saya pernah alaminya. Dan kisah ini banyak terjadi di dalam hidup kita. Adakalanya, sebuah lagu boleh mewakili apa yang berada di hati yang tak mampu sang mulut menuturkan”.


Ditanya tentang bagaimana wujudnya keinginan untuk melahirkan single terbaru, beliau menceritakan kisah untuk penghasilan lagu ini adalah sangat tidak di rancang di mana beliau di tanya oleh penulis lirik, yang juga pengurusnya sekarang tentang keinginannya untuk kembali ke industri. Berbekalkan gitar kapok, terhasil sebuah melodi. Pengurusnya telah merakam sesi itu dan menyiapkan lagu itu tanpa pengetahuannya sehingga beliau di panggil untuk merakamkan lagu itu. “Tanpa di rancang, terhasil lagu ini dan saya hanya mempunyai 2 hari sebelum lagu ini di rakam” ujarnya.

 

Nubhan berharap agar single terbaru beliau dapat diterima pendengar dan dapat mengubati kerinduan peminat yang sering tertanya-tanya bila beliau akan kembali. Lagu Selamat Jalan Cinta dapat anda dengarkan di semua platform digital dan juga di stesen radio kegemaran anda. Peminat juga boleh berinteraksi terus dengan beliau menerusi akaun NUBHAN AHAMAD dia media sosial. 

SELAMAT DATANG ‘CIKMAD’

 

 

Selang 36 jam selepas majlis pelancaran single dan MTV 'Selamat Jalan Cinta', Nubhan menerima satu lagi perkhabaran gembira apabila isteri kesayangannya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek telah selamat  melahirkan putera sulung yang merupakan anak kedua pasangan tersebut pada jam 2.05 minit pagi, 19.01.2019.

 

Menurut pihak pengurusan Nubhan, bayi yang dipanggil 'CikMad' itu, dilahirkan secara normal dengan berat 3.4 kilogram di Hospital KPJ di Seremban, Negri Sembilan. Nubhan yang berkahwin dengan Dr. Afifah Hidayah Tawfek pada 2015, terdahulu telah menerima kelahiran anak sulung mereka, Aafiya pada 2017.

 

Nubhan turut melahirkan rasa syukurnya atas kelahiran CikMad turut berkongsi kegembiraan bersama peminatnya."Alhamdulillah anak kedua kami telah selamat dilahirkan secara normal. Nama belum ada lagi...kami gelarkan Cik Mad dulu sebab namanya akan ada pangkal 'Ahmad'. Yang penting ibu dan anak sihat." kongsi Nubhan dalam Instagramnya

 

Tajuk : Selamat Jalan, Cinta
Artis : Nubhan
Komposer : Merak Bersyair
Lirik  : Becky Zulkepli

 

Cintaku Ini memang tak biasa
Mencintai Kamu yang terindah
Walau Rintangan ku kan tetap setia
Namun Kini kamu telah pergi

Memilih Yang lain


Selamat Jalan cinta abadi
Ku Relakan kamu pergi
Walau Sakit hati ini

Ditinggalkan Kamu


Cintaku Kini memang tak biasa
Mencintai Kamu yang terindah
Walau Rintangan ku kan tetap setia
Namun Kini kamu telah pergi

Memilih Yang lain


Selamat Jalan cinta abadi
Ku Relakan kamu pergi
Walau Sakit hati ini

Ditinggalkan Kamu

 

Menahan Perih hati ku rasakan
Sepi Tanpa dirimu
Kau Yang aku cinta berpaling
Dibelakangku

 


Selamat Jalan cinta abadi
Ku Relakan kamu pergi
Walau Sakit hati ini
Ditinggalkan Kamu


Selamat Jalan cinta abadi
Ku Relakan kamu pergi
Walau Sakit hati ini
Ditinggalkan Kamu


Menahan Perih hati ku rasakan
Sepi Tanpa dirimu
Kau Yang aku cinta berpaling
Dibelakangku


Selamat Jalan cinta
Ditinggalkan Kamu

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.