MALAM BUDI BERSAMA BINTANG SUBURKAN BUDI BUDAYA KITA

January 21, 2019

'Orang Berbudi Kita Berbahasa' pepatah yang sering kita dengar bagi mencerminkan keindahan budaya sebagai asas tamadun. Sehubungan itu lahirlah Majlis Makan Malam 'Malam Budi Bersama Bintang' yang tercetus atas idea bersama  Yang Berbahagia Tan Sri Dr Rais Yatim,  Pengerusi Yayasan Budi berkolaborasi bersama persatuan Karyawan telah menganjurkan majlis tersebut malam tadi.

 

BACA ARTIKEL TERDAHULU: DAPATKAN TIKET ANDA KE MALAM BUDI BERSAMA BINTANG

 

Majlis makan malam tersebut dihadiri lebih 200 orang tetamu telah diadakan di WOW KL, Matic Jalan Ampang bertujuan mengutip dana yang bakal menampung kos operasi dan tabung kebajikan persatuan. 

 

 Foto : Encik Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan menyampaikan cenderamata kepada Tan Sri Dr Rais Yatim

 

Majlis turut dimeriahkan dengan dendangan artis popular tanah air iaitu Aishah serta barisan artis 'Otai' seperti Datin Paduka Julie Sudiro, Datuk Yusni Hamid, Rozita Rohaizad dan Salimah Mahmod, tidak ketinggalan juga penyanyi muda A Rozaini yang sinonim diklonkan mirip suara penyanyi lagenda A. Ramli turut menghiburkan para tetamu. Helmi the Gimmick turut beraksi dengan adegan-adegan nyanyian yang mencuit hati dan gimmick beliau memperagakan pakaian budaya orang Cina, India dan Michael Jackson, beliau turut  bertindak sebagai pengacara pada malam tersebut.

 

Lebih menarik lagi pada malam tersebut, pengisian slot turut sarat  dengan pesanan-pesanan adab budaya yang menjadi amalan masyarakat kini dan menyemai sikap serta nilai-nilai murni dalam setiap tingkah laku kita seharian.

 

 

Majlis juga diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Rais Yatim dan isteri, Puan Sri Masnah Rais dan Encik Freddie Fernandez selaku Presiden Persatuan Karyawan, turut hadir tetamu VIP lain seperti Datuk Yusof Haslam dan wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

Acara penyampaian sumbangan saguhati turut diadakan bagi menghargai artis-artis veteran yang telah banyak berjasa di dalam industri seni tanah air seperti Mimi Loma, S Rohani, Mariam Ahmad, Abas Abu Bakar, Yazid Ahmad, Ebby Yus, Datin Paduka Julie Sudiro dan ramai lagi. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.