ISSEY KONGSI CARA MEMUJUK ISTERI DALAM 'ALOLOLO'

January 23, 2019

 

Fazlisham Mat Hussin atau lebih dikenali sebagai Issey Titan yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan kini meluaskan bakatnya daripada seorang pelawak dan pengacara ke dalam bidang nyanyian. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan lawak Titan yang bakatnya dicungkil dalam program Bintang Mencari Bintang. Issey juga merupakan graduan ijazah dalam pengurusan teknologi kreatif di UiTM.

 

Issey mula berjinak-jinak dalam industri hiburan sebagai ketua kumpulan Dikir Barat dalam Akedemi Dikir Barat Arjunasukma dan beliau berpeluangmenjadi tukang karut untuk Dato' Seri Siti Nurhaliza di dalam Konsert Lantera Timur yang diadakan di Istana Budaya tidak lama dahulu.

 

Bakat kurniaan untuknya tidak terhenti disitu, apabila percubaan Issey dalam program realiti 'Bintang Mencari Bintang musim pertama berhasil apabila kumpulan Titan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kini, Issey merupakan seorang penyampai radio di sebuah stesen radio swasta dan pada masa yang sama turut aktif sebagai pelakon, pengacara  dan pendikir di pentas berprestij.

 

Sekitar tahun 2018, Issey telah dilamar oleh DATU Entertainment setelah melihatkan bakat serba boleh yang dimilikinya. Issey kini tampil dengan single pertamanya berjudul 'ALOLOLO' ciptaan Mr. Yin dan liriknya ditulis oleh Issey sendiri. Issey yang ditemui dalam satu majlis pengenalan oleh DATU Entertainment minggu lalu turut menzahirkan rasa syukur atas kelahiran single pertamanya. Issey turut berkongsi cerita disebalik lagu tersebut.

 

"Single 'ALOLOLO' menceritakan tentang seorang suami yang cuba memujuk isterinya yang merajuk kerana perangai musang berjanggut sang suami yang sering dilakukan berulang kali. Lagu ini disampaikan secara bersahaja tanpa memberi fokus pada vokal kerana liriknya bertemakan komedi " ujar Issey.

 

Sementara itu, Muzik Video 'ALOLOLO'  yang berkonsepkan jenaka telah dilancarkan di saluran Youtube DATU Entertainment pada 18 Januari 2019. Single pertama Issey ini kini dapat di dengarkan  menerusi saluran radio tempatan serta di platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX dan Deezer.

 

Ikuti perkembangan terkini Issey dan single terbaharunya di akaun Instagram @isseyfazlisham serta artis dibawah naungan DATU Entertainment di akaun Instagram @datuentertainment dan platfrom media sosial Facebook dan Twitter @datuentertainment1. |MYBUZZ!

 

Tajuk : ALOLOLO
Artis : Issey
Komposer : Mr. Yin
Lirik  : Issey

 

tenung mata aku kali ini
sayang
beri aku peluang ke dua
bumi gunung langit jadi saksi 
sayang

 

takkan ada lagi orang ketiga
benar itu hanya kebetulan 
sayang
bukan sengaja aku nak nakal
mungkin juga ini keturunan
sayang

 

DNA lelaki lelaki gatal
penat juga aku memujuk
kau hilang buat aku terduduk
janganlah marah dan merajuk
dah macam orang kena sampuk

 

yang
alololololo sayang
ting ting tang ting tang ting sayang
aku rindu sikap manja mu yang dahulu

 

sayang
alololololo sayang
simpanlah dulu rajukmu
segala salah ku
akur "i am sorry"

 

(yang, sori la yang)
(haritu tak sengaja)
(i janji lepas ni tak jadi dah benda macam ni, yang)
(yang)

 

 

penat juga aku memujuk
kau hilang buat aku terduduk
janganlah marah dan merajuk
dah macam orang kena sampuk

 

Yang
alololololo sayang
ting ting tang ting tang ting sayang
aku rindu sikap manja mu yang dahulu

 

sayang
alololololo sayang
simpanlah dulu rajukmu
segala salah ku
akur "i am sorry"

janji ini bukan sebarang janji


sayang
ini bukanlah janji yang palsu
ini soal cinta dan hati
sayang


i really really really really love you
alololololo x2

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.