ISSEY KONGSI CARA MEMUJUK ISTERI DALAM 'ALOLOLO'


Fazlisham Mat Hussin atau lebih dikenali sebagai Issey Titan yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan kini meluaskan bakatnya daripada seorang pelawak dan pengacara ke dalam bidang nyanyian. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan lawak Titan yang bakatnya dicungkil dalam program Bintang Mencari Bintang. Issey juga merupakan graduan ijazah dalam pengurusan teknologi kreatif di UiTM.


Issey mula berjinak-jinak dalam industri hiburan sebagai ketua kumpulan Dikir Barat dalam Akedemi Dikir Barat Arjunasukma dan beliau berpeluangmenjadi tukang karut untuk Dato' Seri Siti Nurhaliza di dalam Konsert Lantera Timur yang diadakan di Istana Budaya tidak lama dahulu.


Bakat kurniaan untuknya tidak terhenti disitu, apabila percubaan Issey dalam program realiti 'Bintang Mencari Bintang musim pertama berhasil apabila kumpulan Titan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kini, Issey merupakan seorang penyampai radio di sebuah stesen radio swasta dan pada masa yang sama turut aktif sebagai pelakon, pengacara dan pendikir di pentas berprestij.


Sekitar tahun 2018, Issey telah dilamar oleh DATU Entertainment setelah melihatkan bakat serba boleh yang dimilikinya. Issey kini tampil dengan single pertamanya berjudul 'ALOLOLO' ciptaan Mr. Yin dan liriknya ditulis oleh Issey sendiri. Issey yang ditemui dalam satu majlis pengenalan oleh DATU Entertainment minggu lalu turut menzahirkan rasa syukur atas kelahiran single pertamanya. Issey turut berkongsi cerita disebalik lagu tersebut.


"Single 'ALOLOLO' menceritakan tentang seorang suami yang cuba memujuk isterinya yang merajuk kerana perangai musang berjanggut sang suami yang sering dilakukan berulang kali. Lagu ini disampaikan secara bersahaja tanpa memberi fokus pada vokal kerana liriknya bertemakan komedi " ujar Issey.


Sementara itu, Muzik Video 'ALOLOLO' yang berkonsepkan jenaka telah dilancarkan di saluran Youtube DATU Entertainment pada 18 Januari 2019. Single pertama Issey ini kini dapat di dengarkan menerusi saluran radio tempatan serta di platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX dan Deezer.


Ikuti perkembangan terkini Issey dan single terbaharunya di akaun Instagram @isseyfazlisham serta artis dibawah naungan DATU Entertainment di akaun Instagram @datuentertainment dan platfrom media sosial Facebook dan Twitter @datuentertainment1. |MYBUZZ!

Tajuk : ALOLOLO Artis : Issey Komposer : Mr. Yin Lirik : Issey

tenung mata aku kali ini sayang beri aku peluang ke dua bumi gunung langit jadi saksi sayang

takkan ada lagi orang ketiga benar itu hanya kebetulan sayang bukan sengaja aku nak nakal mungkin juga ini keturunan sayang

DNA lelaki lelaki gatal penat juga aku memujuk kau hilang buat aku terduduk janganlah marah dan merajuk dah macam orang kena sampuk

yang alololololo sayang ting ting tang ting tang ting sayang aku rindu sikap manja mu yang dahulu

sayang alololololo sayang simpanlah dulu rajukmu segala salah ku akur "i am sorry"

(yang, sori la yang) (haritu tak sengaja) (i janji lepas ni tak jadi dah benda macam ni, yang) (yang)

penat juga aku memujuk kau hilang buat aku terduduk janganlah marah dan merajuk dah macam orang kena sampuk

Yang alololololo sayang ting ting tang ting tang ting sayang aku rindu sikap manja mu yang dahulu

sayang alololololo sayang simpanlah dulu rajukmu segala salah ku akur "i am sorry"

janji ini bukan sebarang janji

sayang ini bukanlah janji yang palsu ini soal cinta dan hati sayang

i really really really really love you alololololo x2

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.