INSENTIF RM1JUTA MENANTI PEMBELI TERAWAL PROJEK HARTANAH PKNS


Insentif ditawarkan PKNS:


  • Rumah siap dibina dan sedia diduduki.

  • Diskaun sehingga 20 peratus bagi projek terpilih (Daffina 3, Daffina 2, Elaisha, Azhara. Menara U & U2).

  • Rebat tunai bagi projek terpilih (rebat tunai keseluruhan bernilai sehingga RM1 juta) (Marbella, Hijauan Enklaf, Anggun Kirana, 10 Residensi).

  • Insentif Dokumentasi bernilai sehingga RM15,000 bagi projek terpilih. (Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Taman Bayu Malawati, 10 Residensi).

  • Baucar barangan elektrik bernilai sehingga RM30,000 untuk projek terpilih. (Hijauan Enklaf, Opal Residensi dan Rasa Avenue).

  • Smart Home Voucher benilai sehingga RM15,000 bagi projek terpilih. (Anggun Kirana & Vega Residensi 2).

  • Diskaun Pembeli terawal bagi projek (Estera, Dillenia, Kamelia dan Violet di Bernam Jaya).

  • Baucar hiasan dalaman bernilai sehingga RM10,000 bagi projek terpilih. (Taman Bayu Malawati).

  • Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Memorandum Pertukaran (MOT) ditanggung bagi projek yang terpilih.


Skim Smart Ownership PKNS:

  1. Insentif "First Ownership" iaitu pemberian diskaun 10 peratus untuk pembelian hartanah PKNS kali pertama kepada bakal pembeli (Bumiputera dan Bukan Bumiputera)

  2. Insentif "Loyalty Scheme" iaitu pemberian diskaun 12 peratus kepada pembeli hartanah PKNS untuk kali kedua atau lebih meliputi kediaman/ komersial atau industri (Bumiputera dan bukan Bumiputera).


Sempena Tahun Baharu dan menjelangnya Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) buat pertama kalinya melancarkan Promosi PKNS Mega Bonanza dengan menawarkan rebat keseluruhan bernilai RM1 juta kepada pembeli hartanahnya.


Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Hajah Norita binti Mohd Sidek berkata, bermula 1 Januari lalu sehingga 28 Februari ini, pembeli hartanah PKNS berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik tertakluk kepada terma dan syarat.


Menurutnya, tawaran tersebut adalah khusus buat rumah PKNS yang sudah siap dibina dan sedia diduduki, di ma