RAYSHA RIZROSE TERIMA LAMARAN ASHRAF MUSLIM?


Tidak mahu lagi dibelenggu permasalahan cinta, Raysha Rizrose nekad menerima lamaran Ashraf Muslim. Raysha tidak mahu lagi diganggu oleh bekas teman lelakinya yang panas baran dan Ashraf mahu melindungi Raysha. Memang mereka berkahwin secara rahsia, tetapi sekadar di dalam drama yang menggantikan Pujaan Hati Kanda mulai 29 Januari ini, iaitu Dia Menantu Rahsia.


Drama yang dibintangi oleh Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama ini diarahkan oleh Pali Yahaya. Raysha yang memegang watak sebagai Melissa, kecewa setelah kekasihnya Zamer (Syazuwan Hassan) bertunang dengan orang lain iaitu Doktor Suraya. Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur bagi merawat hatinya yang luka. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka.


Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Syakir merupakan pemilik Book Cafe tempat Melissa bekerja. Syakir telah melamar Melissa. Melissa terkejut dengan lamaran Syakir kerana dia sendiri tidak tahu kenapa Syakir melamarnya. Syakir memberitahu Melissa bahawa dia cuma mahu melindungi Melissa. Setelah apa yang telah terjadi terhadap Melissa, dia rasa terpanggil untuk melindungi Melissa dari terus menjadi mangsa kekasaran Zamer. Syakir juga tidak mahu fikirannya dibebani dengan permintaan ibunya, Puan Sarah yang inginkan dirinya menerima cinta Engku Kamelia.


Mungkinkah wujud rasa bahagia dan cinta di hati mereka? Dapatkah kehadiran Melissa diterima dalam keluarga Syakir? Ikuti kancah rumah tangga mereka yang turut dibantu oleh Syazuwan Hassan, Mona Allen dan Fazlina Haji Ahmad Daud. Dia Menantu Rahsia merupakan sebuah drama 2019 adaptasi novel dengan judul yang sama hasil tulisan novelis Indah Hairani yang diterbitkan oleh syarikat Buku Prima. Drama ini mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.