PEMENTASAN TEATER ANTI-DADAH DARI CHEROK TOK KUN KE GOMBAK HIMPUN SELEBRITI DAN PELAWAK TERKENAL TAN


Menyedari najis dadah merupakan musuh utama masyarakat Malaysia serta pelbagai isu dan kes yang berlaku disebabkan oleh tindakan masyarakat yang terpengaruh serta terjebak dalam kancah penyalahgunaan najis dadah, timbul rasa prihatin dengan penuh tanggungjawab untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang bahayanya dadah, Atlas One Events Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment bakal mementaskan sebuah Teater Komedi Seram Anti Dadah berjudul 'Dari Cherok Tok Kun ke Gombak' yang pastinya membawa kelainan kepada masyarakat umum. Mesej anti dadah kali ini akan disampaikan melalui pementasan teater yang akan disulami dengan gelak ketawa para penonton yang hadir kelak.


Pementasan teater ini turut mendapat kerjasama penuh dari Kelab SUK Selangor melalui Kelab SPBT bersama sama rakan strategiknya iaitu Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu & Warisan, Pemadam Selangor, Pemadam Pulau Pinang dan FUFC The Fighters.


Teater Komedi Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Gombak ini akan dipentaskan pada 22 & 23 Mac 2019 (Jumaat & Sabtu) di Teater Shah Alam dan bakal dijayakan oleh pelawak pelawak dan selebriti selebriti terkenal tanahair seperti Mamak Puteh, Ali Puteh, Kumpulan Kiut, Abu Mamu, Abang Gee, Wan Raja, Ropie, Bell Ngasri, Lanun serta penampilan istimewa Juara Gegar Vaganza 2016, Azharina, figura awam dan juga pengurus kepada Azharina iaitu Jojie Aminuddin serta penyanyi baru Dylea.


Azharina juga bakal menyampaikan sebuah lagu pada malam pementasan teater tersebut. Pementasan ini bakal di arahkan oleh Saudara Hasrol Hisham Bin Mohd Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Lanun dari Resdongs Entertainment.

SINOPSIS


Bahagian Pertama : Di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang Sekumpulan penduduk Cherok Tok Kun, Pulau Pinang telah menerima jemputan untuk mengadakan satu persembahan Boria bagi Majlis menyambut sekumpulan Delegasi yang datang dari negara Jepun. Majlis tersebut bakal berlangsung di Gombak, Selangor dalam masa dua minggu. Mereka cuba sedaya upaya, untuk menyiapkan persembahan Boria itu walaupun dalam masa yang suntuk. Sepanjang proses latihan, pelbagai masalah yang mereka hadapi memandangkan Tukang Karang (penyanyi utama Boria) mereka merupakan seorang penagih dadah yang mempunyai masalah disiplin. Dalam pada masa yang sama, tempat latihan mereka turut sering diganggu dengan kehadiran makhluk halus.


Bahagian Kedua : Di Gombak, Selangor Darul Ehsan Setibanya di Gombak, Selangor Darul Ehsan kumpulan penduduk Cherok Tok Kun Menyedari bahawa banyak lagi persiapan yang perlu mereka lakukan untuk memastikan persembahan Boria mereka sempurna untuk delegasi Jepun. Tukang Karang mereka juga sentiasa menimbulkan masalah dan kumpulan ini perlu cekal dan saling bantu membantu diantara mereka agar persefahaman ini membawa muafakat.

Pihak pengurusan Atlas One Event Sdn. Bhd amat berharap agar pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Gombak diterima ramai serta dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat umum di luar sana terutama para belia tentang bahayanya najis dadah serta menjauhinya demi kebaikan dan kesejahteraan masyarakat. Sesungguhnya sang juara tidak perlukan dadah!

Maklumat tentang Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Gombak Tarikh : 22 & 23 Mac 2019 (Jumaat & Sabtu) Lokasi : Teater Shah Alam Masa : 8.30 malam



Pelakon & Watak: Mamak Puteh : Tukang Karang Boria / Penagih Dadah Ali Puteh : Wakil delegasi dari Jepun Abang Gee : Pengurus pasukan Boria Wan Raja : Pengedar dadah Ropie : Taukeh Warung Bell Ngasri : Tok Penghulu Kumpulan Kiut : Orang orang kampung Abu Mamu : Orang orang kampung Lanun : Orang orang kampung Azharina : Penyanyi terkenal yang datang ke Cherok Tok Kun untuk ke rumah mertua Pengurus dan rakannya, Jojie Jojie : Pengurus serta rakan Azharina dan membawa Azharina pulang ke kampung mertuanya di Cherok Tok Kun Dylea : Anak gadis kampung dan anak Tok Penghulu


Dibawakan oleh : Atlas One Events Sdn Bhd Resdongs Entertainment Kelab SUK Selangor melalui Kelab SPBT Rakan Strategik : Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu & Warisan Pemadam Negeri Selangor Pemadam Pulau Pinang FUFC The Fighters

Harga Tiket : RM 60 (tiket biasa) / RM 120 (tiket VIP termasuk Tshirt istimewa) Pembelian Tiket : 010 7616844 . 012 561 8434 . 012 250 0101 Informasi Tiket : www.atlasoneevents.com

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.