JMD LANCAR PRODUK MINUMAN KESIHATAN BODI BOOSTER BERASASKAN COKLAT DAN KACIP FATIMAH

January 31, 2019

 

Bila sebut sahaja tentang produk Jamu Mak Dara, sudah pasti apa yang terpapar diminda logo produk yang melatari setiap paket dan botolnya, gambar seorang wanita  dengan potongan badan 'Spanish Guitar', yang juga merupakan pengasas kepada perusahaan itu, Ibu Halimah.

 

Diam tak diam produk jamu yang dikomersilkan ini telah menjengah usia 15 tahun penubuhannya, merentasi masa berdiri teguh dalam usaha mengkomersilkan produk jamu, salah satu cabang seni penjagaan kesihatan Melayu di Nusantara.

 

Legasi perniagaan Jamu Mak Dara kini disambung oleh anak bongsu Ibu Halimah, SM Gadaffi Syed Ali. Bersempena dengan sambutan ulangtahun kelima belas (15), Syarikat Jamu Mak Dara Sdn Bhd, telah mengadakan satu majlis bagi memperkenalkan produk serta logo terbaru syarikat  tersebut baru- baru ini di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

 

Menurut SM Gadaffi Syed Ali yang juga dikenali sebagai Habib memberitahu media, logo baru JMD melambangkan aspirasi syarikat itu dalam memperluaskan lagi lagi empayar perniagaan JMD.

(Kiri) Logo Lama dan (Kanan) Logo Baru

 

"Saya masih lagi mengekalkan gambar ibu saya. Cuma perubahan dilakukan pada  hiasan kerawang yang melingkari gambar ibu saya. Hiasan kerawang pada logo lama terletak dibahagian atas dan bawah, kali ini kita letak dibahagian sisi, membawa maksud  JMD kini sedang berkembang", ujar Habib.

 

JMD dalam majlis yang sama turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Syarikat Innovative Chocolate Sdn Bhd dan Orchidlife Sdn Bhd dimana JMD akan bertindak sebagai pemilik serta bertanggungjawab dalam kerja pemasaran produk yang dikenali sebagai BODI BOOSTER. Sementara itu, Syarikat Innovative Chocolate akan bertindak selaku pengilang dan pengeluar produk tersebut. Manakala Orchidlife Sdn Bhd akan bertindak selaku unit yang menjalankan proses kajian penyelidikan dan pembangunan produk BODI BOOSTER.

 

 

Memorandum persefahaman (MoU) dimeterai tanda kerjasama diantara Jamu Mak Dara Sdn Bhd bersama Syarikat Innovative Chocolate dan Orchidlife Sdn Bhd.

 

 

BODI BOOSTER adalah produk terkini Jamu Mak Dara Sdn Bhd, merupakan produk minuman kesihatan berasaskan tumbuhan herba Kacip Fatimah yang boleh di komsumsi oleh wanita dan lelaki.Menarima jolokan sebagai Ratu Herba Malaysia, Kacip Fatimah merupakan sejenis tumbuhan herba yang digunakan secara turun temurun untuk penjagaan kesihatan wanita dan lelaki.

 

Bagi wanita, ia dapat membantu mengimbangi kitaran haid, mengetatkan otot dalaman, membantu pengawalan berat badan dan meningkatkan tenaga. Ia juga terkenal sebagai pendorong pengecutan saluran peranakan, memulih dan mengembalikan tenaga wanita selepas bersalin.

 

Satu kesan penggunaan Kacip Fatimah yang dikagumi adalah ia dapat memanjangkan tempoh kesuburan bagi wanita. Ini penting kerana apabila umur wanita semakin meningkat, sindrom Menopouse atau putus haid akan menyebabkan hormon-hormon wanita berkurangan dan ini mengakibatkan kulit mula menjadi kering dan mengendur. emosi menjadi tidak stabil dan sering terganggu serta tulang pula mula menjadi rapuh yang juga dikenali sebagai Osteoporosis.

 

Penggunaan Kacip Fatimah sebenarnya tidak terhad kepada golongan wanita sahaja. Kaji selidik di Sarawak mendapati bahawa Kacip Fatimah turut diambil oleh golongan lelaki bagi tujuan mengekal dan meningkatkan stamina. Mengikut kajian tersebut, ada juga sebahagian daripada mereka yang berpendapat Kacip Fatimah dapat meningkatkan Libido (nafsu seksual) dan kesuburan sperma lelaki. 

 

Dengan manfaat yang sebegitu banyak dan penting dalam kehidupan ini, maka lahirlah ciptaan formulasi BODI BOOSTER™ dari Jamu Mak Dara. JMD memilih dan mengumpulkan bekalan Kacip Fatimah dan diproses mengikut standard yang tinggi untuk mendapatkan Ekstrak Herba Kacip Fatimah Terpiawai yang asli, tulen dan berkesan.

 

Apa yang membuatkan BODI BOOSTER™  berlainan dari produk berasaskan Kacip Fatimah yang lain adalah penggunaan Ekstrak Herba Terpiawai. Ianya melalui sistem pembuatan yang mengikuti piawaian dan telah diuji untuk penilaian bahan fitokimia semulajadi atau alami. Ini penting untuk memastikan pengguna mendapat produk yang mempunyai manfaat yang konsisten dari segi kualiti dan potensi produk tersebut. Di dalam BODI BOOSTER™, Ekstrak Kacip Fatimah telah di piawaikan terhadap bahan fitokimia semulajadi,  asid galik dan juga mengandungi polifenol dan flavonoid yang telah dikaji secara saintifik mempunyai pelbagai manfaat kesihatan termasuk pengawalan berat badan.

 

BODI BOOSTER™ di datangkan di dalam bentuk minuman Malt Coklat yang enak dan boleh diminum pada bila-bila masa. BODI BOOSTER™ dijual pada harga runcit RM99 dan boleh didapati di semua toko jamu serta pembelian secara dalam talian.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai JAMU MAK DARA SDN BHD, sila hubungi :-

 

Telefon : 017-484 8477/011- 1017 2189

Email: hqmakdara@gmail.com

FB: Mak Dara HQ

IG: mak_dara

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.