10 TAHUN INSAF MALAYSIA TERUS CEKAL MEMBANTU MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN

February 1, 2019

Membantu insan yang kurang bernasib baik merupakan akhlak yang mulia dan terpuji disisi agama, oleh itu Insaf Malaysia sejak 10 tahun penubuhannya yang lepas telah banyak menjalankan aktiviti bantuan di dalam dan luar negara.

 

Baru-baru ini telah diadakan perasmian sambutan 10 tahun Insaf Malaysia dan Ambulans Insaf Malaysia di Kelab Darul Ehsan. Sidang media ini diadakan bertujuan untuk mengabadikan perjalanan bantuan Insaf Malaysia selama 10 tahun, sama ada yang telah dilaksanakan ataupun sedang dijalankan dan aktiviti yang  dirancang pada masa akan datang. 

 

 YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa (Foto Kanan) telah merasmikan 10 acara Insaf Malaysia tahun 2019 sambil disaksikan oleh Encik Ishak Abdul Kadir , Presiden Insaf Malaysia (Foto Kiri)


Seperti tahun-tahun sebelumnya, aktiviti-aktiviti selama 1 tahun (Calendar of Events) yang telah menjadi aktiviti tahunan berjalan seperti biasa tetapi kali ini Insaf Malaysia merangka 10 aktiviti tambahan bersempena menyambut ulangtahun ke-10 yang akan melibatkan anak-anak yatim, warga emas, OKU dan orang asal. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini adalah kerjasama bersama IRAMA, manakala Padi Records dan Harithmai Production sebagai perunding acara.

 

 

 

Foto turut menyaksikan perasmian 2 buah Ambulans Insaf Malaysia

 

 
Antara aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan adalah Aktiviti-aktiviti sempena sambutan 10 Tahun Insaf Malaysia:


1. Program Amal Insaf Malaysia & Orang Asal bersama Asyikfm


2. Program Amal Karnival Insaf Malaysia bersama RIZS Management


3. Majlis Berbuka Puasa Insaf Malaysia & B-Diva, RTM bersama anak-anak yatim asnaf


4. Majlis Sambutan Hari Raya (Raya2kAY) & Forum Amal Insaf Malaysia


5. Konsert Amal Insaf Malaysia bersama OKU (Harithmai Production)


6. Debat Amal Insaf Malaysia & Kementerian Pendidikan bersama Universiti Tempatan


7. Kursus Sembelihan Syariat Compliance Insaf Malaysia bersama Masjid Muadz Bin  Jabal & Radio Zayan


8.Program Larian Amal Insaf Malaysia bersama Harithmai Production


9. Majlis Makan Malam Amal Insaf Malaysia bersama Padi records & IRAMA

 

10. Majlis Selawat Rasul Insaf Malaysia bersama KC

 

 

'......Kita pastikan setiap sumbangan yang diterima digunakan 100% untuk program yang direncanakan.......' UJar Encik Ishak Abdul Kadir, Presiden Insaf Malaysia.

 

'...berdasarkan pembentangan tahun kewangan akhir 2018 sebanyak RM4 juta lebih sumbangan yang diterima dan masih ada lebih RM1 juta akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti sepanjang tahun 2019....' Tambah beliau lagi ketika MB mengajukan pertanyaan mengenai jumlah kutipan dana yang diperolehi sehingga kini.

 

Katanya lagi sekitar 70% aktiviti adalah tertumpu kepada bantuan di dalam negeri sendiri seperti rumah-rumah anak yatim, warga emas, OKU, orang asal dan juga kepada yang memerlukan. Manakala 30% lagi aktiviti dijalankan di luar negara terutamanya negara-negara yang dilanda musibah (bencana) seperti di Indonesia, Nepal, Bangladesh dan Philippines.


Artis-artis yang hadir pada hari pelancaran ini akan diundang untuk menyertai 10 aktiviti-aktiviti yang akan dijayakan. Antara artis-artis tersebut adalah Bagio, Amy Farrah, Nubahan Ahmad, Elda Susanti, Maisarah Ukulele, Hafizo, Danial Afif, Ana Mentor dan ramai lagi.


Insaf Malaysia ingin menyeru ramai lagi syarikat-syarikat korporat mahupun persendirian agar dapat memberikan sokongan dan sumbangan kepada dana Insaf Malaysia untuk disalurkan kepada yang memerlukan dengan cara yang betul.


Untuk pertanyaan lanjut mengenai Insaf Malaysia bolehlah menghubungi Juliana Ibrahim di talian 013-340 0447 atau pertanyaan mengenai aktiviti bolehlah menghubungi En. Ayob Abd Majid (Padi Records) di talian 019-368 2548 atau Puan Lisza Abd Kadir (Harithmai Production) di talian 019-339 1445. 

 

 MENGENAI INSAF MALAYSIA

 

Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (Insaf Malaysia) adalah sebuah badan NGO yang menjalankan aktiviti bantuan kemanusiaan kepada golongan yang kurang bernasib baik akibat bencana alam dan kemiskinan di dalam dan di luar Negara.

 

 

  

Ditubuhkan 10 tahun yang lepas di Kelab Darul Ehsan (Mesyuarat Penubuhan) pada tahun 2009. Insaf Malaysia yang diasaskan oleh Ishak Abdul Kadir dan juga Presiden pertubuhan ini. Insaf Malaysia juga merupakan badan NGO yang mengamalkan sistem berkluster (Medical, Shelter, Food & WASH) dan merupakan sebuah badan BANTUAN TEKNIKAL pertama yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

 

YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Timbalan Perdana Menteri Malaysia) merupakan Penaung Insaf Malaysia. MYBUZZ!

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.