MISI UNTUK MENCULIK DAN MEMBINA TITI?

February 1, 2019

Februari ini, Niezam Zaidi katanya mempunyai misi untuk menculik manakala Michael Ang pula dengan misi Tahun Baharu Cinanya untuk membina titi kayu di kampungnya. Siapa pula yang ingin diculik oleh Niezam dan kenapa pula Michael Ang nak bina titi kayu? Kedua-duanya mempunyai misi untuk diselesaikan bersempena dengan drama yang bakal disiarkan pada 2 & 9 Februari ini. Apa lagi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan drama Misi Penculikan Cinta dan Titi Kayu yang dibawakan khas untuk anda bersempena Anugerah Juara Lagu (AJL 33) dan Tahun Baharu Cina di slot Cerekarama, pada hari Sabtu, jam 9.00 malam.

ISTIMEWA AJL 33
MISI PENCULIKAN CINTA, 2 FEBRUARI


Drama terakhir istimewa AJL 33 yang bakal berlangsung esok, mengisahkan mengenai Cinta Farhani seorang penyanyi muda yang popular cuba melarikan diri daripada kehidupan penuh glamor sebagai artis. Cinta mempunyai pengurus bernama Mika yang terlalu mengongkongnya. Mika diupah oleh mama Cinta, Datin Julia untuk menjaga dan mengawal pergerakan Cinta. Cinta merasa begitu tertekan dan bosan dengan kehidupannya. Dia mahu lari dan bebas. Ketika mahu menjalani penggambaran video klip di Langkawi, Cinta berjaya melarikan diri daripada Mika dengan bantuan Lili. Lili merupakan peminat setia Cinta dan kerana terlalu meminati Cinta, Lili bersetuju untuk menculik Cinta. Lili juga telah memaksa abangnya Riki untuk menyembunyikan Cinta. Adakah Cinta dapat merasai kehidupan bebas yang dicarinya? 

 

 Pelakon: Sissy Iman, Niezam Zaidi, Sweet Qismina, Alif Hadi, Nur Aliah Lee

ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA
TITI KAYU, 9 FEBRUARI

 

Ah Lim atau lebih mesra disapa Alim (Michael Ang) seorang yang lurus bendul. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan. Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan sebatang sungai. Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar.  

Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama. Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung. Berjayakah Alim dan Umar dalam misi mereka? 

 

Pelakon: Michael Ang, Rizz Amin, Jaja Iliyes DFKL, Rahim Omar, Auntie Margarat, Adik Syed Ali

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.