'THE NEW KING OF COMEDY' ARAHAN STEPHEN CHOW BAKAL TEMUI PENONTON TAHUN BARU CINA NANTI

February 1, 2019

 

Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini bakal hangat  dengan tayangan filem arahan  Stephen Chow di pawagam. Filem terbaru arahannya, 'The New King of Comedy' bakal menemui penonton dipawagam bermula 5 Februari 2019.

 

Menurut laporan sebuah portal hiburan Hong Kong, pembikinan filem ini telah diwar-warkan sejak bulan Oktober yang lalu. Filem ini dikatakan sebagai kesinambungan kepada  filem arahan Stephen pada 1999 dengan judul ' The King of Comedy'. 

 

Diarahkan oleh Stephen Chow, filem ini turut dibintangi Wang Baoqiang, E JingWen, Tin Kaiman, Zhang Quandan, Ji Ruyang, Zhang Qi,  dan Yuan Xingze. Filem 'The New King of Comedy dikhabar telah disiapkan dalam beberapa minggu sahaja walaupun pembangunan skripnya mengambil masa kurang lebih tiga tahun. Filem ini bakal ditayangkan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2019 juga sebagai meraikan ulangtahun ke dua puluh (20) tahun francais filem ini.

 

Bahasa: Kantonis
Sarikata: Inggeris / Melayu / Cina
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 5 Februari 2019
Genre: Komedi
Durasi: 1 Jam 31 Minit
Pengedar: Mega Films Distribution Sdn Bhd
Pelakon: Wang Bao Qiang, Zhang Quan Dan, Jing Ru Yang
Pengarah: Stephen Chow
Format: 2D

 

SINOPSIS

 

Dreamy berimpian untuk menjadi bintang filem, dia telah bekerja keras bertahun-tahun tetapi tidak dapat peranan utama. Ayahnya memberikan tekanan yang besar dan keluarganya cuba memujuknya untuk berhenti. Hanya teman lelakinya, Charlie tetap menyokongnya. Pada set filem, Dreamy bertemu dengan Marco, seorang pelakon yang pernah terkenal. Tetapi Marco kini sedang mengalami kegagalan sebagai seorang artis, dan harga dirinya yang rendah telah menjadikannya dalam kemurungan. Dia menyeksa Dreamy supaya tidak berhenti. Dreamy terus berlakon secara bersemangat, tetapi akhirnya tidak dapat bertahan kegagalan dalam mengejar impiannya dan akhirnya berputus asa. Dia kembali kepada ibu bapanya dan mencari pekerjaan tetap. Pada suatu hari, dia mendapat panggilan untuk menghadiri sebuah ujibakat dan kemudian dimaklumkan telah berjaya memegang watak utama untuk sebuah filem arahan seorang pengarah terkenal . Dreamy kini tersekat di antara impiannya dan realiti ....

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.