ULANGTAHUN JAKEL KE 35 TAHUN DISAMBUT GAH DAN GLAM

February 1, 2019

 

Ingat Kain Ingat Jakel, slogan popular yang diketengahkan oleh syarikat gergasi gedung kain di Malaysia, JAKEL sering menjadi bualan orang ramai.


Malam tadi 31 Januari 2019,  Kumpulan JAKEL meraikan Majlis Makan Makan Malam Ulang tahun JAKEL yang ke 35 di Kuala Lumpur Covention Centre.

Majlis Makan Malam Ulang tahun JAKEL yang ke 35 ini bertemakan 'Glitz & Glam’ meraikan jemputan seramai 1500 orang kakitangan Jakel seluruh Malaysia. Antara jemputan yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini adalah dari kalangan rakan niaga dan pemegang saham mereka adalah tetamu istimewa yang hadir Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, pasangan popular Awal Ashaari & Scha Alyahya.

Majlis ini merupakan majlis penghargaan meraikan kepada semua yang banyak terlibat bertungkus–lumus menjayakan perniagaan Jakel.

 

 


Para tetamu dihidangkan dengan menu masakan melayu yang disediakan oleh KL Convec dan diiringi dengan beberapa persembahan yang telah disediakan antaranya persembahan dari beberapa kumpulan yang dianggotai oleh kakitangan Kumpulan Jakel, persembahan nyanyian dari beberapa artis dan diikuti dengan acara kemuncak Majlis adalah sesi majlis penganugerahan untuk kakitangan yang berdedikasi dan berprestasi cemerlang sepanjang tahun 2018.

 

 


Jakel tubuhkan di Muar 1983 dan seterusnya di segamat 1985, kini memiliki 22 cawangan jakel seluruh Malaysia dengan tenaga kerja melebihi 7000 kakitangan yang beragama Islam.

Jakel Trading sdn bhd sekarang telah mula berkembang dengan melebarkan sayap menceburi bidang pembinaan dan industri lain termasuk pembinaan perumahan, industri pertahanan, teknologi dan lain-lain.


Jualan Murah sempena ULANGTAHUN JAKEL yang ke 35 sedang berlansung sehingga 17/02/2019. MYBUZZ!
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.