HARAM UNGGULI JUARA AJL33

February 4, 2019

Acara penuh berprestij Anugerah Juara Lagu ke 33 telah bersiaran secara langsung melalui saluran TV3 jam 9.00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi. 

 

 

 Foto Dayang Nurfaizah & Hael Husaini (Juara AJL33)


Anugerah Juara Lagu ke 33 kali ini mengangkat lagu terbaik Haram sebagai Juara AJL33 nyanyian Hael Husaini & Dayang Nurfaizah yang telah memukau hati kesemua juri. Lagu dan Lirik ditulis oleh Hael Husaini & Ezra Kong. Ini Juga merakam detik indah buat mereka berdua Dayang dan Hael apabila masing-masing muncul sebagai Juara bagi kali kedua pada AJL31 dan AJL32.

Juara AJL33 membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

 

Naib Juara AJL33 dimiliki oleh lagu Bunga nyanyian Ara Johari bawa pulang wang tunai RM35,000. Lagu dicipta oleh Hang Nadim, Laq dan Kadok manakala lirik ditulis oleh Hang Nadim.

 

 Ara Johari (Naib Juara)



Seterusnya berada di tempat ketiga menerusi lagu Sampai Bila nyanyian oleh Misha Omar menerima wang tunai sebanyak RM20,000. Lagu dicipta oleh Sharon Paul manakala lirik ditulis oleh Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri. Misha Omar turut merangkul gelaran Vokal Terbaik dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM12,000.


 

 Misha Omar (Tempat Ketiga dan Vokal Terbaik)



Persembahan Terbaik (dibawakan oleh Samsung Galaxy A9) pula dimiliki oleh Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu juga membawa pulang wang tunai RM12,000 dan sebuah telefon pintar kamera kuad. Untuk kategori ini dinilai sebanyak 50% daripada undian penonton dan selebihnya  50% oleh pihak juri profesional.

 

 

 Sufian Suhaimi (Persembahan Terbaik)

 

 

Setiap kategori membawa pulang sebuah trofi masing-masing. 

 

 

 

 

BACA ARTIKEL TERDAHULUAJL33 | HANYA YANG TERBAIK BAKAL DIJULANG!


Acara ini digamatkan oleh Hos Popular iaitu selebriti versatile, Alif Satar dan Pelakon & Pelawak, Sherry Al-Hadad. Manakala acara karpet merah dihoskan oleh Kaka Azraff & Shuk Sahar yang juga bersiaran secara langsung di TV3 mulai jam 8.30 malam. Selain secara langsung melalui saluran TV3, penonton boleh menonton secara langsung di Youtube TV3.

Persembahan pembukaan digamatkan oleh Kumpulan Search bersama DJ Fuzz dengan lagu Gagalista, Pawana dan Pelesit Kota. Diteruskan dengan persembahan Intermission  yang dibawakan khas oleh Samsung dari Penyanyi BBNU Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Nabila Razali dengan lagu Seribu Impian. Akhirnya pentas AJL33 ditutup dengan persembahan interlude popular genre Hip Hop oleh Nico, Juzzthin, Balan, Lil'J, Zizi Kirana, Aman Ra, Joe Flizzow, Sonaone dan Alif dengan membawa lagu-lagu iaitu Fanatik, Inilah Nasibku, Anak Ayam, Nak Ke Tak Nak, Bangun, Apa Khabar, Sampai Jadi dan Sang Saka Biru.

 

 

AJL33 menampilkan Samsung Galaxy A9 dan KFC sebagai penaja bersama. Buat pertama kalinya penganjuran AJL kali ini dimana tiket AJL dijual kepada khalayak umum dan sambutan amat memberansangkan apabila tikel yang dijual laris selepas dibuka pembeliannya secara atas talian melalui www.myticket.asia sejak 7 Januari lalu. MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.