DATU ENTERTAINMENT UMUM BARISAN ARTIS BARU

February 6, 2019

 

Tanggal 23 Januari lalu, DATU Entertainment Sdn Bhd telah mengadakan satu majlis bersama pihak media bagi memperkenalkan 9 artis baru yang bernaung dibawah syarikat itu. Mereka adalah Santesh, Danial Zaini, Issey, Arill Fesol, Hashmitha, Syafa Wani, Alief Tarmeze, Abdul Rahman serta Zainatul Ina (Indonesia). Majlis tersebut turut diadakan bagi menghargai pencapaian Danial Zaini untuk single pertama beliau,'Siti Bilang Cuti' yang telah memperolehi lebih empat (4) juta tontonan di Youtube sejak mula dimuat naik pada Disember 2018. Selain itu, pihak DATU Entertaiment turut melancarkan single pertama dan video muzik Issey yang berjudul "ALOLOLO'

 

Syarikat DATU Entertainment diasaskan oleh dua adik-beradik, Raja Muhammad Ridzuan dan Raja Mohamad Amin. Raja Muhammad Ridzuan bertindak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang perfileman, manakala adiknya Raja Mohamad Amin yang merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO), merupakan graduan di peringkat Master dalam bidang perfileman dari Lim Kok Wing University. Menguatkan lagi pakatan didalam DATU Entertainment ini ialah saudara Rumhadi Rumnan atau lebih dikenali sebagai "Room None", selaku Pengarah Urusan. Beliau merupakan seorang komposer dan penulis lirik yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri hiburan Malaysia.

 

 

 Barisan artis dibawah naungan DATU Entertainment Sdn Bhd

Selain bertujuan untuk memeriahkan industri hiburan di Malaysia, kerjasama di antara Raja Mohamad Amin dan Room None melalui DATU Entertainment SB adalah bertujuan bagi membuka peluang kepada penggiat-penggiat seni tanah air untuk melebarkan sayap ke peringkat yang lebih tinggi, bukan sahaja di Malaysia malah hingga dapat mencipta nama sehingga ke peringkat antarabangsa khususnya Indonesia.

 

Produk pertama DATU Entertainment merupakan video muzik Danial Zaini, "Siti Bilang Cuti" yang dilancarkan pada 14 Disember 2018. Video muzik ini telah melakar sejarah kerana menjadi tular, dan berjaya mendapat 1 juta tontonan hanya dalam tempoh 4 hari selepas dimuat naik ke Youtube. Video muzik kedua (2) pula , "ALOLOLO" nyanyian Issey telah berjaya meraih 100,000 tontonan dalam tempoh masa 12 jam di saluran Youtube. Kejayaan ini membuktikan kepakaran Raja Mohamad Amin dan Room None dalam merencanakan kejayaan produk-produk yang lain di masa yang akan datang.

 

Room None sudah berada dalam industri hiburan selama lebih 10 tahun dan beliau telah membawa pelbagai pencapaian yang mengagumkan. Misalnya Sarah Suhairi dan Syafiq Farhan yang pernah berada dibawah pengurusan Room None merupakan juara dan naib juara pertandingan Big Stage  2018 yang dianjurkan oleh pihak Astro. Selain itu, Room None turut  pernah menguruskan Kumpulan Khalifah yang pernah menjuarai kategori 'Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu 2016.

 

Sementara itu Raja Mohamad Amin pula pernah menjuarai Pertandingan Filem Pendek anjuran FINAS pada tahun 2014. Selain pernah menerima  Ijazah Terbaik bagi jurusan Filem dan Televisyen, Universiti Lim Kok Wing pada 2016, Raja Mohamad Amin turut pernah mewakili Malaysia ke Festival Komik dan Animasi Antarabangsa Guiyang di China dan telah memenangi  anugerah dalam pelbagai kategori antaranya, Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Sinematografi Terbaik, Anugerah Juri Terbaik serta Anugerah Paling Popular. Terkini, Raja Mohamad Amin telah di anugerahkan Pelajar Peringkat Master Terbaik bagi jurusan Filem dan Televisyen, Universiti Lim Kok Wing.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.