PERSEMBAHAN SUFIAN SUHAIMI TERKESAN, AJL33 RAIH 6.3 JUTA PENONTON!

February 11, 2019

 

Anugerah Juara Lagu 33 yang telah berlangsung pada 3 Februari lalu telah ditonton 6.3 juta penonton dengan 55.7% syer penonton! (Sumber, Nielson Audience Measurement) Selain itu, AJL 33 menerima 4.4 juta tontonan di laman sesawang tonton dan di YouTube TV3Malaysia. Acara Karpet Merah yang disiarkan secara langsung di YouTube TV9Malaysia dan di laman sesawang tonton menerima lebih 85 ribu tontonan. 

 

Haram, lagu ciptaan Hael Husaini & Ezra Kong, nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah merangkul hadiah wang tunai RM50, 000 berserta trofi. Pentas yang dibanjiri air sewaktu persembahan dikatakan unik dari segi susunan dan melodi.

 

Manakala Di Matamu, ciptaan Sirkhan & Rinkarnaen, nyanyian Sufian Suhaimi menyentuh hati penonton dari pementasan setimpal dengan lagu yang menerima tontonan YouTube tertinggi di Malaysia. Luahan hati beliau tidak sia-sia apabila dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik dan meraih lebih 24 ribu undian pada malam itu. Beliau juga membawa pulang RM12, 000, trofi serta sebuah telefon pintar Kamera Kuad, Samsung Galaxy A9. 

 

Menurut ketua juri AJL33, Azmeer, persaingan pada tahun ini amat sengit dan lagu-lagu yang merangkul juara, naib juara dan tempat ketiga markah berbeza titik perpuluhan sahaja, tetapi majoriti mengangkat lagu Haram sebagai juara.

 

Senarai pemenang Anugerah Juara Lagu 33:


Juara
Lagu: Haram 
Penyanyi: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

Haram, nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah menjuarai AJL33

Naib Juara
Lagu: Bunga
Penyanyi: Ara Johari
Komposer: Hang Nadim, Laq, Kadok
Penulis Lirik: Hang Nadim

Bunga, nyanyian Ara Johari merupakan Naib Juara AJL33

 

Ketiga/Vokal Terbaik
Lagu: Sampai Bila
Penyanyi: Misha Omar 
Komposer: Sharon Paul
Penulis Lirik: Fedtri Yahya & Shah Shamshiri

Sampai Bila, nyanyian Misha Omar merangkul tempat ketiga dan Vokal Terbaik AJL33

 

Persembahan Terbaik: 
Lagu: Di Matamu
Penyanyi: Sufian Suhaimi
Komposer: Sirkhan & Rinkarnaen
Penulis Lirik: Sirkhan & Rinkarnaen

Persembahan Di Matamu Sufian Suhaimi meraih lebih 24 ribu undian sekaligus memenangi Persembahan Terbaik AJL33

 

Anugerah penuh berprestij ini menampilkan SAMSUNG GALAXY A9 – Pertama Di Dunia, Telefon Pintar Kamera Kuad dan KFC - Sedap Sehingga Menjilat Jari sebagai penaja bersama. 

 

Terima kasih juga kepada para peminat yang menyokong Anugerah Juara Lagu di Axiata Arena dan di rumah. Saksikan kembali persembahan-persembahan para finalis kegemaran anda yang telah dimuat naik di YouTube TV3Malaysia dan di portal video tonton, www.tonton.com.my. AJL33 turut disokong oleh Geng Digital Xtra, SENANG TERHIBUR, Donna dan Dhia; serta Geng Radio Hot FM dan Kool FM. 

 

Layari dan dapatkan perkembangan semasa menerusi Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia serta laman portal XTRA, www.xtra.com.my untuk mendapatkan berita terkini. 
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.