REKA SENDIRI SIZZLING LAMB BURGER ANDA DI NY STEAK SHACK

February 15, 2019

Daging kambing sangat sinonim bagi masyarakat Malaysia yang menggemarinya, oleh itu NY Steak Shack sempena tahun baru ini memperkenalkan Sizzling Lamb Burger dengan 3 jenis menu untuk para pelanggannya.

 

 

Kebetulan MB telah dijemput bersama rakan media yang lain bagi merasainya sendiri keenakkan daging kambing yang sangat lembut dan juicy apabila dimakan.

 

NY Steak Shack mencabarkan anda mereka sendiri Sizzling Lamb Burger ini supaya menetapi citarasa masing-masing dan memberikan kebebasan kepada anda bagaimana cara menikmati hidangan burger.

 

 

Sizzling Garlic Lamb Burger

RM28.80

 

 

Sizzling Garlic Lamb Burger sesuai kepada mereka yang bukan pengemar keju. Set ini mengandungi 2 kepingan daging kambing (seberat 200 gram) dipanggang dengan mentega bawang putih istimewa dan bawang besar dan dihiasi kepingan garing bawang putih 

Sizzling Double Cheese Lamb Burger

RM29.80

 

 

 

Kepada peminat keju, anda boleh memesan Sizzling Double Cheese Lamb Burger. Ia mengandungi 2 kepingan daging kambing bersama-sama 2 keping keju cheddar diatasnya dan dihidang panggang bersama bawang segar.

 

Sizzling Mushrooms & Cheese Lamb Burger

RM29.80

 

 

Lebih istimewa lagi Sizzling Mushrooms & Cheese Lamb Burger akan memeriahkan hidangan Burger Kambing anda. Ia gabungan menarik keju cheddar dan cendawan dipanggang bersama 2 kepingan daging kambing. Ia pasti membuatkan selera anda bertambah.

Semua ketiga-tiga set tersebut mengandungi roti oregano, salad, tomato, kentang gorang dan dihidangkan bersama sos lada hitam bagi menambahkan lagi kelazatannya.

 

Tidak ketinggalan juga anda boleh memesan minuman Milkshakes yang terbaharu, NY Steak Shack berkerjasama dengan Nestle Ice Cream dan Gooday. Jadi jangan lupa untuk memesan Conflakes Milkshakes, Peanut Butter dan Banana Milkshakes atau Strawberry Milkshake pada hanya RM13.80.

 

 

 

Semua hidangan di atas telah sedia untuk dinikmati bermula 7 Januari lalu sehingga 3 Mac 2019. Semua harga adalah termasuk 10% caj perkhidmatan dan 6% cukai perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut anda boleh melawati laman sesawang NY Steak Shack di www.nysteakshack.com. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.