5000 PEMINAT HADIR KE KONSERT 'THE LAST ALTIMET SHOW'

February 17, 2019

 

 

Pengembaraan karier Altimet sepanjang 20 tahun ini memperlihatkan beliau membuat persembahan di pentas-pentas besar, juga di peringkat antarabangsa. Kini, beliau mengambil keputusan untuk membuat konsert terakhir sebelum mengundurkan diri daripada menjadi seorang rapper.

 

Konsert terakhir Altimet - 'The Last Altimet Show' telah berlansung malam semalam, 16 Februari 2019 di Dewan Merdeka, PWTC dan berjaya menarik kehadiran 5000 peminat setia Altimet . Sepanjang konsert berlansung, Altimet telah memberikan sebuah persembahan hangat buat kali terakhir sebagai kenangan perjuangan beliau sebagai seorang rapper, hasil kerjasama di antara NESCAFÉ dan penaja lokasi, PWTC.

 

Konsert ini turut membawakan barisan artis hebat tanahair – 20 artis seperti Joe Flizzow, SonaOne, Tomok, Hazama, Aman RA, Awi Rafael, Aizat Amdan, Noh Salleh, Zizi Kirana, Adeep, Kidd Santhe, Amir Jahari, Ila Damiaa, Salammusik, Sasha Ningkan, Dan Shiv, Cuurley, The Kawan Band dan DJ trio, Stylustiks.

 

Buat julung-julung kalinya, sebuah konsert hip-hop yang diiringi oleh “live band” selama dua jam tanpa henti membawakan sebanyak 30 buah lagu. Altimet juga merupakan artis solo pertama yang berjaya mengumpulkan 20 artis untuk sama-sama menjayakan satu persembahan bersamanya. Artis-artis yang ditampilkan juga merupakan artis yang sama terlibat dalam lagu-lagu Altimet.

 

Pada November yang lalu, Altimet semasa menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-40, telah mengumumkan hasratnya untuk bersara daripada menjadi seorang rapper. Pada bulan Disember pula, beliau telah melancarkan album ‘O’, yang diisytiharkan sebagai album rakaman terakhir beliau. Album yang berkonsepkan cinta Altimet terhadap muzik dan pengembaraan beliau dalam karier sebagai rapper. Namun begitu, beliau masih akan terus berada dalam industri tetapi di sebalik tabir. Beliau turut menyatakan bahawa konsert ini adalah hadiah buat keluarga, rakan-rakan dan peminat yang telah menyokong beliau selama ini. 


Altimet merupakan rapper, penulis lagu, dan produser yang banyak memenangi anugerah serta mempunyai sebanyak 14 lagu carta #1 sejak tahun 2000 menerusi 4 album solonya. Sehingga kini, Altimet merupakan rapper pertama di Malaysia yang menyerikan pentas Anugerah Juara Lagu sebanyak 5 kali sejak 2012, dengan lagunya 'Kalau Aku Kaya' yang menjadi lagu hip-hop pertama memenangi tempat ke-3, dan memenangi "Anugerah Persembahan Terbaik" menerusi lagu 'Amboi'. Baru-baru ini, ‘Bunga’ juga telah Berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-33.

 

Altimet bukan sahaja diiktiraf sebagai ‘Men Of The Year 2016’ oleh Majalah August Man, malah beliau juga dinamakan sebagai ‘Alpha Men’ oleh Majalah Glam Lelaki pada tahun yang sama. Selain menjelajahi dunia dan muncul di kaca TV serta pentas antarabangsa, Altimet juga diangkat sebagai rapper pertama di dunia yang ditampilkan dalam aplikasi Waze dalam dwi bahasa. Arahan suara dwibahasanya pernah didengari di seluruh dunia dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

SENARAI PENUH LAGU KONSERT 'THE LAST ALTIMET SHOW'

  1.  OPENING DJ SET (OLEH STYLUSTIKS)

  2. BERSAMAMU (FT. CUURLEY)

  3. HELLO (FT. TRISNO)

  4. CHANTEK (FT. ADEEP)

  5. MUDA (FT. KIDD SANTHE)

  6. AKU

  7. SERU

  8. PENDEKAR PENA (FT. ZIZI KIRANA)

  9. MAMBANG

  10. SALUTE (FT. AMAN RA)

  11. HAVOC (FT. JOE FLIZZOW, SONAONE)

  12. SANG SAKA BIRU (FT. JOE FLIZZOW, SONAONE)

  13. AKU TAHU (FT. TOMOK)

  14.  SABARLAH (FT. AMIR JAHARI)

  15. SELAMAT PAGI (FT. ILA DAMIAA)

  16. BANGKIT (FT. SALAMMUSIK)

  17. ALAMAK (FT. SALAMMUSIK)

  18. JAGUH (FT. DAN $HIV)

  19. BERADA (FT. AMAN RA, NOH SALLEH)

  20. KOTARAYAKU (FT. NOH SALLEH)

  21. KALAU AKU KAYA (FT. AWI RAFAEL)

  22. KELILING DUNIA (FT. ADEEP)

  23. DEKAT JE (FT. ADEEP)

  24. NEGARAKU (FT. JOE FLIZZOW, SONAONE, HAZAMA)

  25.  PENGHIBUR (FT. HAZAMA)

  26. SYUKUR

  27. O (FT. SASHA NINGKAN)

  28. AMBOI

  29. BUNGA

  30. ORANG BIASA (FT. AIZAT AMDAN)

Galeri

 

 Sekitar konsert 'The Last Altimate Show' yang berlansung semalam di PWTC, Kuala Lumpur

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.