DAIKIN LANCAR SIRI INOVATIF TERKINI PENDINGIN HAWA INVERTER R32

February 18, 2019

  • Pelancaran rangkaian pendingin hawa cekap tenaga R32 disempurnakan di Konvesyen Rakan Niaga Daikin 2019 yang pertama

  • Merevolusikan masa depan industri pendingin hawa dengan membiasakan penggunaan pendingin hawa inverter di pasaran.

  • Mengumumkan perancangan pelancaran rangkaian produk dan perkhidmatan bagi tahun 2019. 

 

Daikin, syarikat pendingin hawa No.1 dunia, hari ini melancarkan rangkaian terbaharu pendingin hawa inverter R32. Pengumuman tersebut telah dibuat di Konvensyen Rakan Niaga Daikin 2019 yang pertama, dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang turut dihadiri lebih 500 rakan niaganya. 

 

Pelancaran berkenaan memaparkan rangkaian produk inverter R32 Daikin terkini yang merangkumi: FTKM - model utama (Penjimatan Tenaga); FTKH (SMARTO) - model premium (Kehidupan Pintar); FTKU - model Deluxe (Selesa) dan FTKQ - model standard (Tanpa Kerunsingan).

 

Rangkaian produk R32 terbaharu ini mengawal secara efektif kelajuan pendingin hawa dan meningkatkan kecekapan, manakala ciri-ciri lain termasuk penyejukan hibrid dan kawalan kelembapan, aliran udara pintar dengan pengesan haba dan aliran udara 3D serta keupayaan pembersihan pintar. Kesemua tambahan terbaharu ini direka khusus untuk memberi manfaat terhadap pelbagai gaya hidup pengguna, seterusnya memastikan penggunaan yang lancar. 

 

Pendingin hawa rangkaian R32; model premium (FTKH), yang turut dikenali sebagai ‘SMARTO’, memaparkan keupayaan kepintaran sebuah pendingin hawa dari aspek memenuhi keperluan berbeza pengguna. Dengan gabungan tiga ciri-ciri utama baharu yang terdiri daripada Berkuasa Pintar (pengesan haba), Pembersihan Pintar (penulenan udara) dan Kawalan Pintar (kawalan wifi), ia memberikan ketenangan minda kepada pengguna kerana ia membenarkan pengguna untuk menikmati rasa sejuk yang selesa di rumah, pada sebarang waktu dan lokasi.

 

Dari Kiri: Ketua Jabatan Pemasaran, Jualan & Perkhidmatan Daikin Malaysia, En.Chan Hon Leong, , Timbalan Pengurus Besar Wilayah, Jualan & Perkhidmatan Daikin Malaysia, En. Ooi Cheng Suan, Ketua Pegawai Operasi, Daikin Malaysia Sdn Bhd, En. Lawrence Song, Pengurus Besar, Jualan & Perkhidmatan Daikin Malaysia, Shinji Miyata, Pengurus Bahagian Operasi Global Jepun

“Kami amat teruja dengan pelancaran rangkaian terkini produk R32 inverter. Ia amat cekap tenaga dan mesra alam, serta menawarkan ciri-ciri pintar. Kami di Daikin percaya dalam meningkatkan dan memperkayakan gaya hidup pengguna dengan memastikan produk kami berada pada standard tertinggi dan dilengkapi teknologi terkini dari Jepun. Ini bagi memastikan pendingin hawa kami adalah lebih pintar dan mesra kepada alam serta dompet anda,” kata Lawrence Song Yew Beng, Pengurus Besar Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd.


Sebagai satu daripada peneraju industri, Daikin komited terhadap merevolusikan masa depan industri pendingin hawa dengan membiasakan penggunaan pendingin hawa inverter dalam pasaran. 

 

Selain itu, sebahagian daripada pelan pengembangan pada tahn 2019, Daikin baru-baru ini telah mengemaskini kontrak perkhidmatan penyelenggaraan untuk memberi perkhidmatan penyelenggaraan pascapembelian yang lebih berkesan, selain mengemaskini pusat panggilan yang akan bertindak sebagai pusat penyelesaian sehenti bagi pelanggan. Daikin merancang untuk mempertingkatkan penawaran produk secara berterusan melalui inovasi produk, sementara mengekalkan kualiti perkhidmatan untuk pengguna dan pengalaman jenama secara keseluruhan.  

 

Sejak bertahun-tahun lamanya, Daikin telah memperkukuhkan jenamanya sebagai pakar pendingin hawa di Malaysia, menawarkan rangkaian produk yang meluas dan menyediakan perkhidmatan pascajualan yang pantas serta memenuhi segenap keperluan pasaran. 

 

 

Rangkaian produk R32 Daikin yang terbaharu akan berada di pasaran mulai 3 Mac 2019.
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.