SIAPA DILAILA?

February 18, 2019

 

 

Astro Shaw dan Skop Productions sekali lagi berganding bahu dalam sebuah filem misteri thriller, 'Misteri Dilaila' arahan pengarah muda Syafiq Yusof. Filem bakal membuka tirai di pawagam bermula 21 Febuari ini menampilkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nam Ron, Dato’ Rosyam Nor, Sasqia Dahuri dan Mas Khan.

 

Kerjasama antara dua penerbitan filem gergasi ini telah memasuki filem kedua setelah kejayaan filem Abang Long Fadil 2. Menurut pengarah muda ini idea terhasil untuk menghasilkan filem ini adalah kerana minat yang mendalam terhadap genre ini dan ingin menonjolkan kelainan buat peminat filem tempatan. Menurutnya lagi keterujuan ini timbul adalah kerana beliau sendiri sudah lama tidak membuat filem berbentuk misteri thriller.

 

Berbicara lebih lanjut mengenai naskah ke-8 pengarah berusia 26 tahun ini, “Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan skrip ini secara keseluruhan. Untuk idea dan inspirasi sahaja memakan masa hampir 2 bulan untuk menulis”. Apabila melihat senarai pelakon yang terlibat, dapat lihat ia adalah gabungan kali pertama mereka di layar perak yang dimana setiap mereka mempunyai peminat yang tersendiri untuk menarik penonton ke pawagam. Pemilihan pelakon untuk filem Misteri Dilaila kebanyakkan dipilih oleh pengarah sendiri hasil perbincangan bersama pihak Skop dan juga Astro Shaw. Manakala Zul Ariffin adalah pilihan pertama pergarah bagi menggalas watak Jefri. Dilabel sebagai “King of Plot Twist” oleh pengemar filem di Malaysia, Syafiq enggan dilabel begitu kerana beranggapan masih dalam proses belajar, malah gemar membuat skrip yang berlainan dan masih lagi menimba ilmu dalam proses penghasilan skrip.   

 

Bagi Dato’ Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro “2018 meninggalkan kenangan manis buat Astro Shaw apabila kutipan keseluruhan filem terbitan kami melebihi RM100 juta, ia adalah satu pencapaian luar biasa. Untuk tahun ini Misteri Dilaila membuka tirai dan diharap ia dapat menjadi pembuka kepada kejayaan kerjasama antara Astro Shaw dan Skop Productions”. Tambahnya lagi kerjasama ini akan diteruskan dengan penghasilan filem Abang Long Fadil 3 yang akan memulakan penggambaran pada Mac 2019.

 

Taikun fIlem Malaysia Datuk Dr. Yusof Haslam yang mengalas sebagai Penerbit Skop Productions, berharap agar filem Misteri Dilaila dapat diterima oleh peminat filem tempatan. Beliau jugat menyifatkan gandingan kerjasama ke 2 hasil usahasama Skop Productions dan Astro Shaw selepas kejayaan filem Abang Long Fadil 2 (2017) ini mampu membawa satu dimensi baru dalam sinema Malaysia dengan cerita dan gaya persembahan yang terkeluar dari klise filem Melayu.  Sambil mengakui berdebar menunggu respond penonton kerana hasil buah tangan anak ketiganya ini amat berlainan dari sudut penceritaan.

 

Tidak mengsasarkan sebarang kutipan untuk filem kali ini, namun saya berharap filem Misteri Dilaila ini akan mendapat sambutan yang mengalakkan dan terus memberi sokongan dan diterima oleh penonton filem tempatan.

 

Misteri Dilaila telah mendapat sokongan dari Hotlink selaku rakan strategik. Bagi peminat filem ini dan filem tempatan, boleh layari media sosial Hotlink dan Astro Shaw bagi menyaksikan 3 video eksklusif Misteri Dilaila. Peminat juga boleh beramah mesra bersama pelakon dan pengarah filem di FB Live Astro Gempak yang dikuasakan khas oleh Hotlink. Ikuti info lebih lanjut di laman Facebook dan Instagram Astro Shaw.  

 

Busana bagi setiap karakter telah mendapat tajaan dari Coco Concept Store. Filem ini akan menemui penonton di 129 pawagam diseluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. 

 

Tajuk : Misteri Dilaila
Genre : Seram
Pengarah : Syafiq Yusof
Penerbit : Datuk Yusof Haslam
Produksi : Skop Production Sdn Bhd
Bahasa : Bahasa Melayu
Lokasi Penggambaran : Bukit Fraser
Jumlah Hari Penggambaran : 36 Hari
Tarikh Tayangan : 21 Februari 2019
Format : 4K
Jumlah Waktu Tayangan : 1 jam 23 minit
Klasifikasi : P13    
 

SINOPSIS 


Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang. Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya. Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan Dilaila? 

Galeri

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.