KONSERT “REMEMBERING WHITNEY - THE GREATEST LOVE OF ALL” BAKAL GEGARKAN KUALA LUMPUR MAC 2019

February 19, 2019

 

Rakyat Malaysia bakal dihiburkan dengan gaya dan pesona Whitney Houston dalam satu persembahan penuh bertenaga yang akan menampilkan kehebatan dan kegemilangan lagu-lagu hit penyanyi tersohor itu pada Mac ini. Menampilkan penyanyi yang amat berbakat dan terkenal, Trina Johnson Finn, konsert “REMEMBERING WHITNEY - THE GREATEST LOVE OF ALL” dibawa terus dari Las Vegas oleh Milestone Productions Sdn Bhd untuk dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur selama dua malam pada 22 dan 23 Mac ini.

 

Diiktirafkan oleh Guinness World Records  sebagai antara artis wanita yang paling banyak menerima anugerah, mendiang Whitney Houston nyata telah menambat hati para penonton yang menyaksikan setiap persembahannya. Ramai yang terpana dengan kehebatan bakatnya yang luar biasa menerusi lagu-lagu hit yang meninggalkan kenangan indah  seperti “I Will Always Love You”, “Saving All My Love”, “I Wanna Dance With Somebody”, dan “I Look To You”. Beliau turut dikenang menerusi lakonannya dalam filem “The Bodyguard” selain filem “Sparkle” yang juga menampilkannya sebagai  penerbit eksekutif.

 

REMEMBERING WHITNEY- THE GREATEST LOVE OF ALL merupakan persembahan konsert selama 90 minit bagi meraikan kegemilangan dan kehebatan lagu-lagu hit mendiang Whitney Houston. Trina Johnson Finn, seorang daripada beberapa penyanyi wanita yang dapat menyelami dan membawa peranan sebagai  Whitney, bakal memikat rakyat Malaysia dengan nyanyian yang pastinya memukau menerusi lagu-lagu klasik Whitney yang menggamit kenangan seperti “Greatest Love of All”, “I’m Every Woman,” “Queen of the Night,” “How Will I Know,” “I Will Always Love You,” “I Have Nothing,” dan “I Wanna Dance With Somebody”. 

 

Sebelum terlibat dalam persembahan pentas, Trina pernah beraksi dalam beberapa majlis anugerah televisyen terkemuka termasuk Anugerah Grammy, Anugerah Muzik Video MTV  dan Anugerah Muzik Amerika. Sepanjang kerjayanya, beliau juga pernah bekerjasama dengan penghibur ikonik seperti Barbra Streisand, Michael Bolton dan Smokey Robinson.

 

Pengarah Urusan Milestone Production Sdn Bhd, Grace Lee, berkata: "Malaysia tidak pernah berpeluang mengadakan konsertnya ketika Whitney masih hidup. Oleh itu, persembahan ini akan menjadi peluang terbaik bagi para peminatnya di Malaysia untuk menikmati ‘kehebatan seterusnya’ dengan menyaksikan ‘beliau’ di pentas Malaysia menerusi persembahan dan vokal memukau Trina yang akan menyampaikan lagu-lagu hit sepanjang zaman Whitney. "

 

Persembahan itu juga akan diserikan dengan aksi beberapa pemuzik dan penyanyi latar hebat selain para penari penuh bertenaga dari Las Vegas. Pentas konsert itu bakal memberi penghormatan kepada Whitney dan suara keemasannya – menerusi dendangan nyanyian lagu-lagu pujaan para peminatnya selain diselangi kata-kata penuh bermakna yang akan membawa mereka menghayati  setiap lagu berkenaan. Persembahan ini pastinya akan menghiburkan setiap peminat Whitney dari semua peringkat umur.

 

"Dalam usaha berterusan kami untuk sentiasa membawa persembahan hiburan bertaraf dunia ke Malaysia, kami berasa amat bangga kerana dapat mementaskan REMEMBERING WHITNEY- THE GREATEST LOVE OF ALL di negara ini. Kami percaya rakyat Malaysia sentiasa mahukan hiburan yang berkualiti dan usaha kami untuk membawa persembahan yang mendapat pengiktirafan dunia akan membantu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan di rantau ini," kata Grace.

 

Maklumat Persembahan & Jualan Tiket:


Premium - RM480
VIP - RM380
Cat A - RM250
Cat B - RM150
Cat C - RM80
* Semua harga tiket adalah tertakluk kepada fi tiket sebanyak RM4


Untuk maklumat lanjut mengenai butiran persembahan dan tiket, sila layari: 
https://www.facebook.com/MilestoneEntertainment.Show/ dan

www.milestone-entertainment.com

 

Diskaun Pembeli Awal
Tiket-tiket untuk pembeli awal kini dijual. Dapatkan diskaun sebanyak 30 % bagi tiket (Premium, VIP, Cat A) dan diskaun 15 % bagi tiket (Cat B) sehingga 24 Februari. Selain menyaksikan persembahan Trina Johnson Finn, satu uji bakat terbuka akan diadakan bagi merebut peluang untuk mengadakan aksi pembukaan pada konsert itu. Maklumat mengenai perkara ini akan menyusul kelak.

Mengenai Trina Johnson Finn 

 

Trina amat dikenali dalam industri hiburan dan telah membuat persembahan dalam rancangan seperti The Grammy’s, Oprah, Anugerah Video Muzik MTV,  Anugerah BET dan Anugerah Muzik Amerika  selain beraksi di pentas bersama-sama penghibur ikonik seperti Barbra Streisand dan MC Hammer hinggalah kepada Michael Bolton dan Valerie Simpson, Smokey Robinson dan Martha Reeves serta Marilyn Manson dan The Stone Keluarga.

 

Sebagai Artis Rakaman, Trina ditampilkan sebagai vokalis pilihan dalam album MC Hammer iaitu "Please Hammer Don’t Hurt'em" yang membariskan lagu-lagu hit seperti "You Can’t Touch This" dengan mencatatkan jualan album lebih 20 juta di seluruh dunia. Trina juga menjadi artis solo bagi label rekod MC Hammer dan menjelajah dunia bersama-samanya selama beberapa tahun sebagai penyanyi dan penari latar. Sebagai Penulis Lagu, Trina sedang menghasilkan lagu dan menjadi penerbit bersama bagi album pertamanya yang akan menampilkan lagu-lagu berentak Pop, R & B dan Funk seperti "In Your Face" dan "Delicious" serta lagu balada penuh syahdu seperti "To Know Love" dan "Over Due".

 

Trina juga dikenali kerana berlakon dalam banyak filem, televisyen dan pentas teater. Beliau pernah muncul dalam projek-projek seperti "Anchorman" yang dibintangi oleh Will Ferrell, "Breakin All The Rules" yang dibintangi oleh Jamie Foxx, “Bringing Down The House” yang dibarisi bintang seperti Queen Latifah dan Steve Martin, serta produksi teater panggung kecil Broadway seperti "Dreamgirls" “Ain’t Misbehavin" dan "The Wiz".

Di Las Vegas, Trina merupakan bintang asal yang beraksi dalam persembahan terkemuka "Vegas! The Show " selain beliau sering ditampilkan sebagai bintang utama dalam persembahan terbitan sendiri di seluruh Las Vegas, Amerika Syarikat dan di persada dunia.

Mengenai Milestone Production

Ditubuhkan pada 2003, Milestone Production merupakan satu daripada syarikat produksi persembahan utama di rantau ini yang membawa pengalaman hiburan pentas yang bertaraf dunia. Kami mahu memupuk penghayatan terhadap seni persembahan di rantau ini dengan membawa produksi West End dan Broadway yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ke Malaysia dan seluruh Asia Tenggara, iaitu - "Mama Mia!", "The Mousetrap", produksi Broadway yang memenangi pelbagai anugerah  "Jersey Boys", "Thriller Live", "Saturday Night Fever", "Potter Potter", "Dr.Bubble With Milkshake", "One Man Star Wars Trilogy", "Dr.Balloon's Science Adventure", “Rumour Has It - Adele – Her Life And Songs" serta persembahan ikonik "An Evening With The Phantom Of The Opera ".

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang persembahan yang dipentaskan kami pada masa lalu dan akan datang, sila layari: www.milestone-production.com 

 

Ikuti kami di laman Facebook www.facebook.com/MilestoneEntertainment.Show dan Instagram @MilestoneEntertainment.Show
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.